Friday 1 July 2011

Jahil dan Hina Hukum Allah... Dimana sensitiviti kita?




Isu ni dah lama tapi saja la nak post juga, sebab aku suka ilmu dan bagi aku penyebaran ilmu itu tidak perlu dihadkan tarikh tamat tempoh sebagaimana roti...dan penyebaran ilmu itu biar pun cuma sekelumit asalkan ia bermanfaat maka teruskanlah.....tak gitu....

Pelikkan dunia sekarang? Allah anugerahkan akal supaya berfikir dan meneliti secara mendalam tentang semua perkara tapi sayang masih ada segelintir manusia yang mensia siakan akal yang diberikan...Hasilnya maka rakyat Malaysia di sajikan dengan gurauan yang menghina kredebiliti islam itu sendiri..yang amat menyedihkan gurauan ini dihasilkan oleh orang yang beragama islam.....betapa peliknya dunia sekarang kan?

Kartun di atas dicipta oleh rakyat Malaysia yang berakal tapi tidak digunakan sebaik yang  mungkin... dan hasil ciptaan manusia ini  boleh mengelirukan umat Islam berhubung isu zina dan rogol. Ia menggambarkan seolah-olah pembuktian kes rogol mestilah melalui 4 saksi, itu tidak betul. Keperluan terhadap 4 orang saksi yang adil hanya untuk kes zina dalam hudud.Dalam Islam pertuduhan zina hanya dimasukkan dalam hudud, tidak boleh sama sekali zina dimasukkan dalam takzir.

Bagi kes rogol ia hendaklah dihukum di bawah takzir, pembuktian untuk kes rogol boleh apa saja; DNA, video, CCTV, tilam, air mineral.. ambillah apa saja pun semua boleh asal relevan. Hukum takzir sudah berjalan di Malaysia di bawah Penal Code tapi hukum hudud tidak pernah.

Bagi kes Zina dan rogol sudah tentulah ianya berbeza sama sekali . Persoalanan pokok ini harus di fahami oleh semua masyarakat agar tidak berlaku penyelewengan. Rasanya rakyat Malaysia tahu hatta seluruh isi dunia juga mengetahui bahawa zina berlaku suka sama suka tapi rogol berlaku secara paksa. Jika dihuraikan bab rogol dan zina ni ia cukup panjang jadi rajin2kanlah diri kita semua mencari dan meneliti ilmu yang sahih jangan bertindak membabi buta kerana ia akan mendatangkan impak pada orang lain khususnya masyarakat yang belum mengenali islam dan juga bagi orang orang yang cetek ilmunya dalam bab hukum hakam ni (termasuk dr aku)...

Jadi janganlah suka suka hati nak "kartunkan" hukum yang Allah tetapkan kerana ia boleh mendatangkan fitnah kepada agama Islam dan menyebabkan agama yang suci ini bakal dipersendakan. Jika orang Islam sendiri berani menghina isi kandungan Islam itu sendiri jadi janganlah marah apabila suatu hari nanti andai di takdirkan orang bukan Islam pula mempersendakannya, kerana penganut Islam itu sendiri telah membuka ruang kepada orang lain untuk ke arah itu.

Jadi berhati-hatilah..chow cin cau...huuhaa!

p/s : seingat aku Hj Hadi pernah ckp mcm ni "video hanya besi, tidak boleh jadi saksi"   tapi dia merujuk kepada tuduhan zina yang dibuat oleh pihak tertentu terhadap Anwar dan Dia tidak merujuk kepada kes rogol ya....so jangan memandai nak putar belit plak mcm org  yg lukis  kartun ni nk kenakan Hj Hadi tp dia yg terkena..susah btol kalau tak taw hukum ni..tu la ikut nafsu ja melukis.....(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...