Tuesday 5 July 2011

"Mana Milik Kita..?"


 Jika aku bertanya kepadamu, mana satu milikmu dalam tiap bahagian hidupmu?. Mampukah dirimu memberi jawaban padaku..kerana  puas aku berfikir bagi menjawab persoalan itu namun yang ku temui hanyalah "tiada". Ya, tiada satu pun yang ku miliki, lihat betapa miskin dan kerdilnya aku.


Aku berpijak di bumi itu,menginjak kaki di tempat kelahiranku, menguis tanah berekar kematu, namun tiada yang menjadi milikku...

Lalu aku kembara di tanah orang, mengatur langkah penuh kesopanan, hati bertawakkal dalam diam,ku memohon dikuatkan iman. Oh, namun mengapa hatiku berperang?
merasa tiada satu pun milik diriku, hati hampa kekosongan...

Lantas ku temui jawaban walau jauh kakiku melangkah, walau di mana jua berpijak ia akan tetap kekal bukan milikku....
Ya, pijaklah bumi dimana sahaja, TIDAK ada yang pernah menjadi milik manusia kerana bumi kepunyaan Dia.

Bila siangnya ku dongak ke langit membiru, ada burung yang bisa lalu. Diwaktu malamnya dipenuhi cahaya rembulan suci, hamparan bintang menjadi teman hakiki. Oh, aku terkesima. Lalu ku hirup udara memenuhi rongga, alam yang indah ku teroka. Senyum puas terpancar di muka, pantas Ku berkira itu milik diri, rupa rupanya ia hanya mimpi.

Ya, ia mimpi kerana itu semua kepunyaan Yang Hakiki bukan hak milik manusiawi.... Ia bukan milikku sekali lagi...

Apa kerana aku manusia yang tidak pernah puas lalu ku cari lagi milikku di tiap bahagian hidup aku, ku selongkar satu persatu. Lalu terjumpa kepingan kepingan kertas berbeza warna dan nilanya. Aku tersenyum puas, ku kira akhirnya ku jumpa jua milik diriku. Kepingan kepingan kertas milikku itu bisa buat aku merasa nikmat manis, masam dan lazatnya makan, bisa buat aku punya helaian baju baju indah tersarung di badan, bisa buat aku menonton wayang di pawagam. 



Ya kepingan kepingan kertas itu hasil penat jerih diri menghadapi penat keras hidup. Mana mungkin ini bukan milikku bukan?

Lantas suara kecil hati berbisik, rasa lah apa sahaja, manis mahupun masam, sarunglah apa apa, indah mahupun jelek dan lihat dan dengarlah apa jua gembira mahupun hiba. Kepingan kertas itu jua milik diri Nya. Lihatlah dirimu sendiri, apa kebolehanmu, dan kecekalanmu menghadapi keras hidup itu jua ciptaan Tuhan? Jadi mana mungkin kau merasa itu milik mu wahai sayang...

Cantiknya dirimu, sempurnanya wajahmu itu jua kurniaan Tuhan.
Besarnya rumahmu banyaknya hartamu ia tidak pernah menjadi hak milikmu yang mutlak sayang, ia tetap jua kepunyaan Tuhan.


Suamimu yang baik hati, isterimu yang berakhlak mulia itu jua Tuhan yang Punya...Anak anak kecil yang comel dan soleh itu jua AnugerahNya...

Lalu mana milik kita?
Jawabannya pasti tiada...
Ya, tiada yang milik kita...
Semuanya kepunyaan yang Esa...

p/s : Bahkan apa sahaja yang kita lihat, dengar,rasa, sentuh, makan, minum .Semuanya milik Tuhan Rabbul ‘alamin. Bersyukurlah wahai diri, sedarlah hakikat yang sebenar semua ini hanya pinjaman dari yang Esa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...