Tuesday 12 July 2011

Seeking the truth





Ya ada yang kata aku sudah tak de kerja, ada yang kata aku sengaja cari penyakit, dan ada juga tuduh aku sembang kencang. Korang nak tahu pasal apa?..
Pasal aku suka bincang BERSIH.


Buat yang tak suka Bersih, cuba kau tanya diri kau apasal ko tak suka dengan Bersih? Owh sebab ada orang post biodata Ambiga? IFC? , atau Sebab ada link dengan komunis? Sebab diorang kata nanti kedai semua habis kena pecah?  Sebab nanti peniaga kat situ diganggu? Sebab semua tu ada hidden agenda? Sebab polis jumpa senjata? Atau sebab nak perguna Melayu? Sebab apa? 
Semua tu bukannya pandangan kau sendiri, kau tak alami pun tapi kau terhegeh hegeh cakap itulah opinion kau. Padahal alasan yang kau guna tu alasan kat TV siarkan..Kalau ya pun nak bantah pergilah alami sendiri, nah lepas tu kalau kau bantah pun sekurang kurangnya ia hasil dari dalam diri kau sendiri, sebab kau membentuk pemikiran kau melalui pengalaman yang kau alami bukannya kau ambik bulat bulat di TV.   Cuba cuba la subscribe channel Al-Jazeera tengok Bersih 2.0 yang sebenarnya.
Ada juga yang mengomen kata apalah Bersih dah timbulkan huru hara, ada juga yang kata menyusahkan warga kota, jalan jammed, nak shoping tak boleh dan sebagainya. Tapi tak pernah fikir tindakan yang diambil kerajaanlah yang buat semua tu jadi macam tu. Ha, tak percaya? Cuba kalau kerajaan handle himpunan aman ni sama seperti handle  Citra Warna, Hari Merdeka, Lumba Basikal, Marathon, Jom Heboh, Konsert Besar-besaran dan lain lain. Korang rasa macam mana?
Kalau nak bincang pasal jammed jalan raya, benda benda kat atas tu pun sama ja, ia menghalang kerja kerja harian juga…Point aku kat sini senang ja, pihak berkuasa harus menangani himpunan aman Bersih tu sama dengan himpunan2 kat atas. Mana mungkin akan ada huru hara. Tindakan harus bijak.
Kalau dah berhimpun cara aman, para peniaga boleh kaut untung ribu riban, tak percaya? Korang try risik2 berapa keuntungan komuter dengan lrt.
Ya, kita ni aku rasa diajar supaya lihat benda ranting ja, tapi perkara pokok kita dibutakan mata pula, haha..tu la yang aku rasa..failed!
Aku ambil satu contoh la, pasal Ambiga…okey bila cerita pasal Ambiga banyak yang dok cerita dia ni anti-islam…kristian..bla..bla..bla..ifc..bla..bla..non muslim. Okey kita lantang dok bersuara bercerita bahawa Ambiga lah orang yang bertanggungjawab terhadap hal hal murtad dan tuntutan ifcnya, tapi kita tak pernah terfikir bahawa ;
1)               Siapakah yang patut bertanggung jawab terhadap tindakan-tindakan oleh kumpulan bukan Islam yang mencabar hukum ugama Islam? Apatah lg, apabila tindakan tersebut dilakukan melalui lunas undang-undang negara? Sudah pasti jawaban kita adalah jelas bahawa yang bertanggung jawab adalah penggubal dan mereka yang meluluskannya. Hukum-hukum Islam, umat Islamlah – pemerintah Islamlah – yang mesti melaksanakan kedaulatannya sehingga tidak boleh lagi dicabar sewenang-wenangnya.

Tengok aja hansard yang dikeluarkan oleh parlimen berkaitan isu kelulusan murtad.

Berbalik pada himpunan tu, pada yang kata “huh, memang dah agak dah puak tu mmg nak buat huru hara, himpun aman konon” dan ada yang kata “padan muka sapa suruh pergi,patutnya pihak berkuasa sembur racun biaq mampos”

Haih, ni bukan aku reka, ni yang aku dapat dalam komen komen kat facebook, korang rasa rakyat mana yg ckp mcm tu? Bangladesh?? cehhh..memang tak la....sadis bukan tu la mentality rakyat Malaysia kita…huhuhu..failed !

Padahal yang bercakap tu bukan ada kat situ pun, tak tahu pangkal cerita terus cakap pung pang pung pang….Pergila tengok sendiri dari mula sampai akhir (tu pun kalau tak kena tangkap la), tengok depan mata sendiri macam mana “riot” Bersih tu ada tak sama macam media cakapkan…Pergi jadi pemerhati bebas, tapi korang tanggung la risiko sendiri, tu la harga yang korang kena bayar bila  kerajaan is trying their hardest with their "power tools" to make sure orang ramai tak dapat nak berhimpun.

Okeh, berbalik pada cerita lari lari tadi….Kalau kau nampak orang lari lari, memang la nampak macam riot, nak tahu kenapa?

Ye la dah FRU kejar kau sambil bawa baton dengan riot shield, kau nak dok saja tegak macam batang pisang? Lepas tu kena sembur ngan water canon, tambah pula gas pemedih mata…Sah-sah la ada adegan orang bertempiaran…Perghhh,memang kau saja cari naya kalau kau dok tegak situ, baik kau lari cari tempat selamat.

Kalau tengok media yeaahh, tengok orang lari lari macam tu terus kau cakap depa tu la yang mengganas first, padahal korang tak tahu FRU akan open fire tanpa diprovoke. FRU akan pecah barisan untuk kejar mana-mana penyokong Bersih tanpa ada rasa ragu-ragu langsung.Tapi media kata penyokong Bersih buat riot "sehingga memaksa" FRU bertindak balas. See, macam mana media melaporkan berita? Telus? Adil? Benar? Sorry I will say that media always lie.

Aku tulis ni bukan suruh korang sokong Bersih pun, korang tak nak sokong biar la (kitakan Demokrasi) tapi aku harap golongan  yang membantah ni cuba kaji dan fikir balik, kenapa tidak suka perhimpunan Bersih?  8 Tuntutan tu relevan rasanya dengan Negara kita…Carilah kebenaran, at least kau ada pendirian kau sendiri, Bukannya pendirian yang dibentuk oleh mulut orang lain atau media massa Kerajaan.(melainkan kau tak kisah sama ada berita tu benar ke tidak, tak payah la susah2 cari kebenaran kau terima jala berita tu, duduklah dalam comfort zone tu sampai bila2) Nah video utk senggama minda.

 “Experience is the best teacher but you must have the guts to experience it”


p/s : Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...