Friday 11 November 2011

Tragedi Sang Mata?

Lokasi : Kedai Mamak.
Waktu : Petang Angin Sepoi Bahasa.

Sufian : Best noh, petang-petang camni lepak kedai mamak.Ang blanja makan pulak tu.

Hazim : Hehe..Alhamdulillah.

Suffian : Ang taw dak orang kita zaman laa ni dah tak dak prasaan malu dah.Humm
              Hak pompuan dok pakai baju tak cukup kain dah lani.Huduh perangai habaq kat ang.

Hazim : (Angguk-angguk kepala) Iya.

Suffian : Kita ni dah akhir zaman dah, Allah terang-terang dah dok tunjuk tapi sayang ada hak buat tak reti.

Hazim : Betui-betui.Tu lah kesilapan kita. (terus makan)

Suffian : Haa, baru aku cakap ni depan aku ni ada 1 contoh. Tedia pakai baju ketat gelemat,
             terjojol sana terjojol sini. Size A ka B tu..Aishh berbulu bijik mata aku tengok.

Hazim : (Terus menghirup minuman sambil angguk-angguk kepala)

Suffian : Haa, hak ni lagi berat, pakai baju sekerat dok tayang pusat. Ishk pa nak jadi ni.
              Tedia! haru sungguh aihh dok pakai skirt pendek nampak abis peha putih dia..ishk3.

Hazim : (Angguk-angguk sambil senyum)

Suffian : Berat sungguh noh, anak sapa laa...Ishk3..aku kalu lagu tu tak maw aihh buat bini...mintak jauh
             laa.....Haaaa!!! ni lagi satu, cis tak puas hati btoi aku..Ang tengok pompuan tu, pakai tudung tapi
             Ya ampunnnn, baju ketat, seluaq ketat. Tak ikut syariat langsung.Memalukan agama!
              Aishh, ang diam jaa, bagi pendapat sket. (muka serius)

Hazim : Humm, tip top la ang nih, bagus2...Betui dah apa hak  ang dok kata tu sebagai umat islam ada
            garis panduan dan syariat dalam berpakaian. TAPIkan aku nak tanya, ang dok perati dok tilik aurat
            orang sampai terjojol bijik mata tu ang tak reti malu ka??

Suffian : eheheuhuhu...errr..errr...




p/s : Mata sesungguhnya adalah gerbang maksiat, apabila tidak digunakan dengan baik sesuai tuntunan islam. Barang siapa yang tidak dapat menahan pandangan mata sangat mungkin akan menjerumuskan nya pada zina dan maksiat. Rasulullah adalah orang yang sangat menjaga pandangannya, beliau sangat berhati-hati dalam memandang yang dilarang Islam. Diantarannya dari melihat wanita yang bukan mahramnya.
“katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan pelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS.An-Nuur [24]: 30-31).
Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). 
(Riwayat Abu-Dawud)



Friday 4 November 2011

INI ADALAH SATU PENGANIAYAAN PALING KEJI!

Selamat Membaca...dan renung2kan...sharing is caring! 


Kami, pekerja-pekerja Malaysia menentang dengan keras dan menuntut supaya pindaan yang diluluskan oleh Parlimen pada 6/10/2011 ke atas Akta Kerja 1955 ditarik balik!


1) Kenapa kita menentang pindaan Akta Kerja 1955?

Terdapat banyak isu dalam pindaan tesebut, akan tetapi kita hanya tumpu pada satu isu besar iaitu mengenani "kontraktor tenaga kerja". Dengan wujudnya Kontraktor Tenaga Kerja melalui pindaan Akta ini, kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British apabila akta kerja digubal pada tahun 1955 dahulu. Sistem pekerja kontrak spserti ini sudah wujud 15 tahun di luar undang-undang. Demi menghalalkan sistem ini maka pindaan ke atas Akta ini dibuat sekarang oleh Kerajaan Malaysia.


2) Apakah kesan buruk kepada pekerja dengan wujudnya "Kontraktor Tenaga Pekerja"

• Kontraktor Tenaga Pekerja akan menjadi pihak ketiga (orang tengah) yang akan menjadi majikan pekerja dan bukan majikan prinsipal (utama). Perhubungan lansung antara pekerja dengan majikan prinsipal seperti sekarang TIDAK AKAN WUJUD LAGI!


•Pekerjaan pekerja-pekerja bahawa Kontraktor Tenaga Pekerja akan menjadi tidak tetap - TIADA JAMINAN PEKERJAAN (scurity of tenure)


•Pekerja akan mendapat KADAR GAJI YANG SAMA SEPANJANG HAYAT, bekerja tanpa kenaikan gaji atau bonus dan faedah-faedah lain.


•Semua caruman termasuk KWSP, PERKESO dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor Tenaga Pekerja dan bukan majikan prinsipal.


•Kontraktor Tenaga Kerja dengan mudah BOLEH CABUT LARI bila perniagaannya merosot atau rugi.


•Antara pindaan lain adalah kebenaran membayar upah kerja lebih masa (overtime) lewat sebulan untuk memberi masa kepada majikan prinsipal untuk membayar kepada Kontraktor Tenaga Kerja. HANYA SELEPAS ITU BARU LAH KONTRAK TENAGA KERJA MEMBAYARNYA KEPADA PEKERJA KONTRAK.


•KADAR UPAH KERJA LEBIH MASA AKAN SAMA SEPERTI HARI KERJA BIASA MESKIPN BEKERJA PADA HARI CUTI UMUM ATAU REHAT!


•Mudah untuk pekerja-pekerja dibawah Kontraktor Tenaga Kerja DITINDAS DAN DIANIAYA.



3) Jika pekerja menubuhkan Kesatuan, dengan siapaka Kesatuan akan berunding dan berurusan?

Tentulah dengan Kontraktor Tenaga Kerja sebagai majikannya. Akan tetapi Kontraktor Tenaga Kerja bukan pengusaha perniagaan. Mereka hanya membekalkan pekerja dibeberapa jenis syarikat. Sudah tentu para pekerja sangat sukar menubuhkan Kesatuan.

4) Apabila pekerja berjaya dalam apa-apa kes tuntutan di mahkamah, mampukan Kontraktor Tenaga Kerja tersebut membayar pampasan dan mematuhi keputusan Mahkamah?

TENTULAH TIDAK! Kerana Kontraktor Tenaga Kerja bukan pelabur dan tidak ada modal. Mereka boleh lepas tangan dengan tukar nama Kontraktor Tenaga Kerja yang lain.

5) Benarkah dengan pindaan ini maka di satu tempat kerja akan terdapat banyak Kontraktor Tenaga Kerja?

• YA BOLEH! Terdapat banyak Kontraktor Tenaga Kerja dengan kumpulan pekerja masing-masing di satu tempat kerja!

•Malah pekerja boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi pekerjaan yang lain pada bila-bila masa ikut sedap perut Kontraktor Tenaga Kerja tersebut. (Flexi labour)

• Pada masa depan, TIDAK AKAN ADA LAGI PEKERJAAN TETAP dengan satu majikan prinsipal.


6) Adakah akan memberi kesan kepada PEKERJA TETAP SEKARANG dengan wujudnya Kontraktor Tenaga Kerja?

Majikan prinsipal akan menawarkan VSS kepada pekerjanya. (sesiapa tolong terangkan VSS tu apa?). Selepas menerima VSS, pekerja akan ditawarkan kerja yang sama tetapi di bawah Kontraktor Tenaga Kerja dengan gaji, terma dan syarat yang tidak memuaskan. Mereka boleh ditawarkan kerja separhu masa sehingga cuma 14.4 jam seminggu!

7) Adakah pindaan ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)?

•Kerajaan mendakwa pindaan Akta Kerja 1955 ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), tetapi dari segi kenyataannya dengan pindaan ini, IA JELAS BERCANGGAH!


KEKAYAAN & KEUNTUNGAN yang dicapai oleh negara adalah hasil dari sumbangan PARA PEKERJA. Kaum pekerjalah yang bersusah payah membangunkan negara ini. Akan tetapi apakah balasan yang kita dapat?!!!!



dipetik dari risalah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

----------------------------------------------------------------------------------


Diambil dari perempuanjomblo.blogspot.com--


AYUH BANGUN SUARAKAN HAK ANDA!
KITA MENDESAK SUPAYA KERAJAAN TARIK BALIK PINDAAN TERSEBUT YANG MEMPERHAMBAKAN PEKERJA!

perancangan apakah ini, oh tanah airku...(-_-)

Thursday 3 November 2011

~Quote of the Day~

Apabila para gadis@wanita kembali memenuhi peranan mereka sesuai dengan objektif mereka dicipta, jadilah harga diri mereka mahal bahkan lebih mahal lagi dari nilai bidadari syurga.
Gambar dari Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...