Monday 4 July 2011

Hilang Punca

Gambar dari Incik Google
Dari kelmarin,hati aku merusuh, ada saja yang tak kena, perasaan amarah kadang kadang terluah pada baju yang tidak pernah bersalah..
Ishh, mulut mengeluh panjang...dah masuk 9 kali siaran televisyen aku tukar, tapi semuanya tiada yang menarik perhatian. Bila menonton rasa muak dan membosankan. Perasaan dah tak tentu hala, bermacam macam rasa dan semua bergumpal gumpal dalam dada.

Kalau dulu semasa di Universiti, aku punya beruang panda (patung) bila muncul perasaan ini, beruang panda akan ku tumbuk laju laju. Kejam bukan.

Namun bila aku fikir balik, Mungkin dah tiba masanya aku pergi melancong ke luar negara, mencuba angin yang berbeza. Pergi berenang dilaut Nil misalnya tak pun melawat ke kota Paris yang menguja...(berangan).

Atau...

Cukup sekadar memperkemaskan zikir ditikar sejadah...huhu (-_-)
Gambar dari Incik Google
p/s : Ucapan yang paling baik dan disukai Allah ada 4 perkara tidak berat kepadamu untuk mengucapkan pada bila-bila masa sahaja iaitu; Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar . (Riwayat Muslim) 

Kejadian ni berlaku pada hari Ahad tiada kaitan dengan manusia lain yang hidup mahupun mati dan disebabkan semalam tak de mood nak menulis jadi aku tulis la hari ni...hehe..oppss orang perempuan kalau datang bulan mesti datang perasaan serabut..huhu...jom amalkan zikir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...