Monday 11 July 2011

Buka Mata Buka Minda

 Soalan dari seorang hamba Allah kepada Imam Muda Asyraf ak copy dan highlightkn. Jawapan yang diberi amat memuaskan.


Salam,
sy ingin bertanya..dari segi situasi sekarang…pd pandangan sy..
1. provokasi xakan dpt dielakkan sekiranya demonstrasi terutama demonstrasi jalanan dijalankan. ini kerana pd pendapat sy, pasti ade pihak2 akan mengambil kesempatan dari keadan huru-hara.
2. Adakah satu demonstrasi itu dihalalkan sekiranya ia menggangu gugat aktiviti, kerja2 harian. Cth: perniaga yg sedang berniaga, terganggu. org nk ke pejabat utk berkerja(terutama yg ade shift) terganggu. Hal2 kecemasan seperti org nk bersalin, pabila jln2 ini dipenuhi org berdemonstrasi pasti mengganggu perjalanan ke hosp, dan apakah akibat/hukum sekiranya dari demosntrasi ini mengakibatkan nyawa(cth: terpaksa besalin dlm kete, xde peralatan..risiko siapa nk tanggung)

Jawapan Imam Muda Asyraf

Terima Kasih…satu soalan yang amat baik…
Dalam perbincangan ada kami mebincangkan perkara ini. Kami menetapkan…hukum asal setiap yang menggangu orang awam maka ianya tidak dibolehkan. 

Namun apa yang boleh dikongsi disini, hasil beberapa pandangan asatizah dalam perjumpaan ini berkata bahawa, perhimpunan manusia di tempat awam boleh diatasi dengan mudah. Sperti mana berhimpunnya pesta Chingei, Thaipusam, Lumba Basikal, Marathon, Citra Warna, Konsert Besar-besaran dll…Jika dirujuk, sudah pasti perarakan yang saya sebutkan ini juga wajib dihalang kerana ianya juga menghalang kerja-kerja harian dan juga kecemasan..Persoalan yang sama akan berbangkit, siapa yang akan menanggung risiko orang bersalin jika jalan disekat kerana marathon dsbgainya…Sepatutnya perhimpunan manusia ini di tangani pihak berkuasa sama seperti himpunan2 yang dinyatakan diatas. 

Mengikut perbincangan yang dibuat oleh kami. Perhimpunan manusia ini TIDAK AKAN berlaku huru hara…Tetapi ianya AKAN berlaku huru hara disebabkan PROVOKASI ataupun tekanan dari pihak2 lain. 

Contoh yang jelas dan penerangan dari Ustaz Dr Maszlee Malik salah seorang aktivis Palestin di UK, berkata, sekatan dan halanganlah yang mencetuskan huru hara. Sebagai contoh persoalan yang beliau bangkitkan katanya : 

“Apa beza demonstrasi di negara Barat dan demonstrasi di negara Timur Tengah….kenapa demonstrasi di barat berlaku aman dan harmoni tanpa ternampak huru hara?”…jawapan yang diberikan adalah “Provokasi dan halangan untuk bersuara”…sebab itu di Barat demonstrasi itu dianggap biasa, malah memberi maklumat kepada masyarakat rintihan sesuatu pihak. Ini kerana cara menangani demonstrasi itu ditangani dengan bijak oleh pihak penguasa. Namun ianya menjadi agak huru hara di Timur Tengah kerana cara pengawalan yang tidak memberi peluang untuk manusia menyatakan rintihan.

Namun, kami hanya berbincang berkenaan hukum shaja. Pihak kami tidak mencadangkan atau memberi sebarang galakan terhadap himpunan ini. terpulang kepada individu dalam memahaminya. Wallahua’lam

Bagi peniaga pula, ianya bukanlah suatu yang menggangu. Malah lebih menguntungkan kerana mendatangkan lebih ramai pembeli dikalangan yang berhimpun.

 p/s : Okey kawan kawan cuba kamu fikir cara kerajaan dan pihak berkuasa kita menangani isu ini? Bijaksana ke? Efektif ke? Siapa yang membuat provokasi dan sekatan sehingga menyusahkan rakyat? dan siapa pula tdk mendengar rintihan mereka? renung-renungkan dan cuba fikir fikirkan.... (^_^)v

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...