Thursday 30 June 2011

Woot woott...Drama Tahajud Cinta

Gambar dr Incik Google
Wah..wah..wahh...gempak betul drama terbaru arahan kak erma fatima kita ni....hehe...seriously nampak cam best gile...tu bru tengok teaser dia tadi....huhuhu...

Monday 27 June 2011

TeLuR BeRbEnTuK hAti

Ahhaa..tengah godek punya godek incik google tiba tiba terjumpa sesuatu yang agak menarik juga la untuk di kongsi.....Nampak sweet sangat kalau kita buatkan....hehehe...nak tahu apa dia??....Ahhaaa!!

ini dia! jeng jeng jengjen....tarraaa!! (^_^)

Haa..buat yang suka..sila la cuba..Show ur luve melalui telur plak kat anak-anak,kat husband, kawan2 ke....Kreatif kan....So selamat mencuba.....huuhaa!

8 TUNTUTAN BERSIH 2.0


gambar dirembat dari google
Salamualaik to all...

Sebenarnya pagi pagi camni takde mood pon nak buat entry, tapi disebabkan tiba-tiba mai perasaan nak menulis pasal BERSIH....huahuahua....Ye la kan...dalam tibi pung pang pung pang dok crita pasal BERSIH, kat paper pon same, kalau p dok kat kedai kopi pon same la semua dok bincang pasal BERSIH....Ada yang kata tu, ada yang kata ni....huhuhu..haaiihhh banyak pendapat bebenor....

Tapi kadang kadang aku rasa cukup meluat tengok berita kat tibi sebab pa aku cakap mcm tu...hehe..sedar tak sedar ampa taw dak berita2 kat tibi terlampau melebih2...tu pandangan aku la.....bila aku bukak tibi nak tengok berita..semua sama saja semuanya hiperbola dalam menyampaikan berita...bias pon ada....ntah mana pergi etika kewartawanan masa depa mula2 blajaq dulu tataw la....(sorok lam laci gamaknya)....

Yang tak boleh blah bila sepatutnya berita yang disampaikan sepatutnya tepat dan benar tapi akhirnya menjadi berita sampah....why aku cakap camtu? Korang cer cube perhatikan asal berita pasal BERSIH depa dok highlight pasal perkauman la apa la, sedangkan tuntutan yang sebenarnya lain.....Seriously kalau betullah BERSIH ni di buat kerana inginkan ketelusan dalam pilihan raya, bagi aku tak de salahnya...kitakan negara DEMOKRASI...

8 tuntutan Bersih 2.0 ;

1 ) Bersihkan senarai undi
2 ) Menreformasikan undi pos 
3 ) Guna dakwat kekal
4 ) Masa kempen minima 21 hari
5 ) Akses media yang bebas dan adil
6 ) Kukuhkan institusi awam
7 ) Hentikan rasuah
8 ) Hentikan politik kotor.

Tapi kenapa 8 tuntutan ni tak dak pula depa highlight dalam berita tapi yang dok highlightnya lebih pada statement yang pada aku rasict . Penduduk di Malaysia ni nama ja merdeka tapi sayang merdeka2 rakyat Malaysia ni pon pemikiran mereka telah di ajar untuk menjadi rasict....Sebagai contoh perkasa....(oh bagi aku mereka pertubuhan yang tidak matang dan terlampau rasict)...seolah olah bumi Malaysia ni hanya layak di huni oleh melayu ja...huhuhu..kesiankan disebabkan ketidakmatangan mereka (perkasa) yang melayu berfikiran rasional pon terpalit sama.....haihhh....Tak payah la nak bersifat perkauman sangat kalau kita nak hidup aman damai harmoni kat Malaysia ni... (k stop kat cni dah malas nak ulas panjang2)

Berbalik pada BERSIH tadi, aku rasa ia adalah perhimpunan santai ja ,bagi membersihkan amalan pilihanraya. Rasanya tak dak sapa aihh maw mati dalam menuntut pilihanraya....BERSIH hanya menuntut amalan pilihanraya yang adil, dan bukan nak gulingkan Kerajaan macam yang diwar warkan dalam tibi..huhuhu... Kenapa  nak buat di KL bukan di JB,KB,KUANTAN, mahupun YAN....??y..y..y di KL? Senang je kot  pandangan aku la kan kerana kat KL  ada Istana Negara, senang la depa, BERSIH akan serahkn memorandum ke sana, kalau Istana Negara ada kat Yan senang, ta payah dok p KL dah..hehehe...

Haaa(part nasehat menasehati)...ni plak nasihat aku pada semua yang nak join himpunan tu la kan,dalam keghairahan bersemangatnya ampa semua untuk berdemo, jangan pula ampa membuat provokasi atau pun layan provokasi, bawa senjata dan melakukan kerja-kerja gila yang melanggar batasan undang-undang. Ingatlah Allah akan menghisab segala perbuatan manusia di bumi ini, dan buat polis ke, fru ke, dan pemimpin kerajaan ka dan semualah buatlah kerja ikhlas kerana Allah ...Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٩٠﴾

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. "(QS An Nahl : 90)


p/s : Pandangan aku la kan perhimpunan ni boleh jugak dibuat.. selaras dengan kehendak rakyat kan....lagipun atas dasar Malaysia sebuah negara Demokrasi rasanya tak salah kalau nak diadakan PERHIMPUNAN AMAN...(diulang sekali lagi) AMAN ye...dan juga kepada pihak berwajib (polis) yang sepatutnya menjaga keselamatan silalah jalankan tanggungjawab anda jangan pula anda membuat sesuatu sehingga menimbulkan kekecohan semasa perhimpuan. Lagi satu, tidak kira pihak yang mana sekali pun janganlah ada yang buat PROVOKASI dan KEKACAUAN....ingat ALLAH SENTIASA MELIHAT PERBUATAN ANDA DAN IA BAKAL DIHITUNG.....k chow cin cauu....huuhaa!

Sunday 26 June 2011

TAHNIAH buat Juara MAHARAJA LAWAK...yippiee..

huhuhu...biar pun dah berlalu dan terlambat nak buat entry ni tapi nak wat jugak...hahahha....(ketinggalan btol aku ni kn)woooowoo....Tahniah Sepah..mubareko...syabas inspektor sab...hihihi...lawak abis la... (^_^)v

Memang tak menghampakan tengok persembahan peserta maharaja lawak di peringkat akhir ini. Terutamanya Juara Maharaja lawak iaitu kumpulan Sepah..."maniskan kurma ini...."hehehe...lawak btol time dialog tu...Tengok maharaja lawak terus ilang muka masam aku.....hahaha...Kaya la depa ni semua lepas ni...Tapi hak paling kaya bang Bil la..(Nabil)...y aku cakap cam tu?


 Jeng...Jeng..Jeng...kihkihkih...alhamdulillah rezki ampa semua la naa....
  1. Juara : RM350,000: SEPAH: Bahagi 3, Seorang akan dapat RM 115,000
  2. Naib Juara: RM250,000 : JOZAN: Bahagi 2, Seorang akan dapat RM 125,000
  3. Ketiga : RM 150,000 : NABIL: Sapu seorang dia,RM150,000..
p/s : Dapat banyak banyak duit ni jangan lupa derma sket...hehe..beramal bgs kan.

Sebuah Pengakuan

 (Al-I'tiraaf)

Ilaahii lastu lil firdausi ahlaan wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi


Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi

Dzunuubii mitslu a'daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali

Wa 'umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali

Ilaahii 'abdukal 'aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da'aaka
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka


Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhan-ku

Wahai Tuhan... selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu


O Lord... I don't deserve to Thy Garden
Yet I can't stand to Thy Fire either
Please forgive my sins, please accept my repentance
Only Thou, The Forgiving for great sins
My sins are as the sands in the beach
With Thy mercy, please forgive me... O my Lord

O Lord... please save us
From all kinds of evils and woe
We fear, we hope unto Thee
Please enrich our love unto Thee
We, the slaves whose hopes are in Thy pity
p/s : walau  bahasa apa pun yang kita gunakan dan tuturkan semasa berdoa dan memohon pada Nya, Allah maha memahami..

Hikmah Doa

Assalamualaikum…
Malam ni rasanya nak post tentang hikmah doa. Rasa rasanya semua orang tahu kan, tapi disebabkan idea ni dah lama terperap disimpan dalam laptop ni, maka dengan itu saya post kat blog yang tak seberapa ni..Jom enjoy dan layan sedikit ilmu…huhuhu.Mudah-mudahan ianya memberi manfaat.

Saturday 25 June 2011

Kisah Hati Yang Kebuluran

gambar dari incik google
….Kedinginan yang mencengkam tubuh setelah usai solat subuh benar benar membuatkan mata terasa dibelai  belai agar menyambung  tidur…namun hati membantah lemah…menyuruh bertahan…
Aku menekur lantai diiringi lafaz istigfar lemah…semakin lama mataku seakan akan memberat…lafaz istigfar semakin lama di tukar dengan aktiviti menguap…tatkala itu akhirnya aku terlena di tikar usang itu…

Hati : Kau terlampau lemahkah untuk melawan perasaan mengantuk itu?

Friday 24 June 2011

Tips bagi mendapat anak yang soleh dan solehah.

gambar dari incik google

Ketika mengandung, disarankan perbanyakkan membaca Al-Quran. Terdapat beberapa surah yang boleh diamalkan. Antaranya ialah :

1 ) Surah Al-Saffat, ayat 100 yang boleh dijadikan doa harian.




mafhumnya :
 "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh"

2) Surah Al Fatihah ( terang hati, kuat ingatan)
3) Surah Mariam (mudah bersalin, taat, sabar)
4) Surah Luqman (cerdik akal)
5) Surah Yusuf (cantik rupa paras,akhlak)
6) Surah Hujurat (sifat hati-hati, boleh perbanyakkan susu)
7) Surah Yassin (ketenangan hati untuk ibu dan anak dikandung)
8) Surah Taubat (bersih hati)
9) Surah Nahli (berdisplin)


gambar dari incik google




Selamat beramal... (^_^)


p/s : Al Quran sememangnya mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan, selain inginkan anak yang soleh/solehah kita juga akan memperoleh ganjaran pahala dan rahmat Allah, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran, kerana al-Quran itu menjadi penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan









Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Perihal Cinta



Cinta itu sebuah jalan
Cinta itu itu bukan sekadar perasaan
Cinta itu satu pengorbanan
Cinta itu perlukan komitmen
Cinta itu kemanisan
Cinta itu juga kepahitan
Cinta itu sarat dengan emosi yang jauh dari jangkauan....

Oh...itukah cinta?

Bilamana sang manusia menyatakan cinta itu fitrah maka membuak buak perasaan itu didalam dada....semua berlumba lumba mengejar cinta sehingga alpa hanyut di arus masa... Mengertikah mereka hakikat fitrah itu?? Fitrah, bererti sesuatu yang tulus, fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci...lalu bagaimana manusia manusia itu sanggup mencemarkan fitrah suci itu dengan dosa dan noda?? Manusia semakin alpa dengan kelazatan cinta yang sia sia...Apa mungkin Allah mengurniakan cinta kepada manusia hanya untuk disia siakan?? Jawabnya pasti tidak, kerana Allah mengurniakan cinta itu agar sang manusia bisa mengapai matlamatnya...matlamat yang sudah jelas dan terang...
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." - [Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]

Cinta itu suci,
Cinta itu Fitrah,
Tapi cinta itu terpalit kekotoran,
Lantaran yang fitrah itu telah bertukar menjadi yang fitnah....
Ayuh teman pulihkan kembali rasa cinta itu...
Biarkan ia kembali jernih didunia itu....
Ayuh..letakkan kembali cinta itu ditempat yang selayaknya....


p/s : manusia sering suka bercinta tapi terlupa untuk memurnikan cinta...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...