Monday 31 October 2011

Rainy Day

                                                                                                             Dear Blog,

Picture frm Google
Yesterday was another gorgeous day. Yeah it was Sunday.
Rainy Sunday!
And i like it very much,spend my time at home..wooohaa! (can save my money)
While i saw the rain came falling down, like a tears.
I start thinking  how do i spend my rainy day? Aside from ranting about the rain.
hummm....

If it sunny day, it urge me to get out, but rainy ones not so much.
So, here i came...just me and my books, 
spend my personal time together with the fun stuff in the rainy day!

Bored??
Naaa...it's not...Reading was a passion...Thank you Allah because of the mercy of Yours.

p/s : This morning however look like little gloomy day! huhuhu...
Humm..hope my week is off to an excellent start..yeahh!


Love Always,
me.




Friday 28 October 2011

Bahana Original

Lokasi : Chow Kit
Masa   : Tengah hari rembang


Padil : Kak beli kak, macam-macam jenama beg ada kat sini kak, pilih-pilih aja. Murah2!

Sally : Wow...ermmm dik beg merah Perahda ni bape?

Padil : Murah je tu kak, RM 30 satu. Cantik tu kak ada satu ja lagi tu.

Sally : Amboih dik nun, mahal nya...bukan ori pun...

Padil : Ermm, murah dah tu kak.

Sally : Murah apenye 30 henget, mahai tu bukan ori pon..Ishkk jual la 10 henget ja kew..Cekek darah tol!

Padil : Hummm...okey la tu kak 30 henget..

Sally : 30 henget mahai koo...dah la tak ori..eewww...

Padil : Habes akak ingat akak tu ori ke? Kalau dah jantan tu jangan berlagak cam pompuan.

Sally : ^%&*#@&*&%

Bercakap pasal ori, Sally terlupa dia juga pompuan celup..hahaha...owwww nyahhh...jangan marah gitu..

Rasulullah SAW pernah mengutuk, melaknat lelaki yang mengenakan atau memakai pakaian perempuan dan perempuan yang mengenakan atau memakai pakaian lelaki. (Hadis riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, al-Nasaiy dan al-Hakimiy)

P.O.S.i.T.i.V.e

Dear Blog,

Today was a good day, and i hope tomorrow will be even better. No more tears, i promise..hahaha..(naaahh)...


"O Allah please forgive me, help me to be tough.."amen.

Love, 

me...




Thursday 27 October 2011

S.A.D.

Dear Blog,

I'm so sad today and writing has always calmed me down.(i hope soo). Today has been quiet and odd day. Everyone seemed smiling today, so do i. But i felt different from them, although i smile but i'm not happy. As for why, hummm ...... because of my broken heart.... Every word i write seems to give me more sadness....Ahh, i should not write this...I'm so confused.....

"O Allah only You know that today i'm really confused, I'm weak and i need Your help, O Allah, please help me to smile and to be strong. Please Allah show me what's the best, i rely everything on You".amen..

Love always,
me.






Saturday 22 October 2011

Dunia Oh Dunia.

Pian : HaH! Kat sini pon ang Mat.

Mat : Haalaa..awat, pasaipa cari aku?

Pian : Ni, aku nak habaq sket pasai anak ang, si Muis tu.

Mat : Pesaipa ngan dia plak dah?

Pian : Anak ang tu, kalau dok bawak moto cam pelesit...Weng sana..weng sini...bahaya woo...Ang try la nasihat dia.

Mat : Tudia....ermmm..habis ang kena langaq ka ngan dia?

Pian : Sipi-sipi dah tadi, kalau ang nak taw, nasib aku sempat ngelak.

Mat : Ekeleee..aku ingat kena tadi.Kalau tak laani jugak aku p nasihat kat dia..Ummm dah tak kena biaq p kat dia la Pian oii..

Pian : Cettttt....ada kaa???


p/s : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

Wednesday 12 October 2011

Where's The Word?

WWE?? ~WordlessWed~ (^_^)V
Bila Bosan, Mengulor ngan Buku Pink!

Tuesday 11 October 2011

Kisah DIA Ibuku # 1

Aku merengus geram, kalau diikutkan rasa hati  ingin saja aku meraung disitu, biar dia tahu apa yang terbuku disegenap jiwa kecil aku.

"Huh! itu tak boleh, ini tak boleh....Habis apa yang boleh...."

Hati kecil aku terusan mengomel yang bukan-bukan....Pedih terasa, wajahnya ku pandang masam mencuka. Tanda protes yang sudah terzahir pada riak wajah kecil aku. Namun dia tenang melihat kerenah aku, diam tanpa bicara, lagak yang tenang sehingga aku merasa dia tidak memahami perasaan aku yang bergolak didalam sana.

"Arghhhhhhh" Jerit hatiku merusuh.

Esoknya di pagi yang dingin, usai aku mandi ,bersiap dan menyarungkan uniform putih berkain biru gelap tua ditubuh mungil kecil, dia muncul tersenyum manis. Wajahnya tenang namun sarat dengan ketegasan. Tiba-tiba muncul dari segenap ruang tubuhku satu perasaan, menjalar kesegenaap urat pembuluh darahku, perasaan itu,ya perasaan itu.. rasa suam kasih sayang seorang ibu...Ya dia adalah ibuku, ibu yang bila kupandang wajahnya akan hadir seribu ketenangan, ibu yang bisa menghancurkan rusuh perasaan semalam.Aku tersenyum sendiri mengelamun bila melihat ibuku. Kesal kerana hadir dalam diri aku perasaan seperti semalam terhadap ibu.

"Nah, ini duit untuk beli buku tulis semalam" 

Lamunan aku terhenti bila mendengar suara lembut ibu, kulihat ditangannya punya kepingan wang, lantas dihulurkan buatku..Aku terlopong memandang.


"Yang selebihnya beli pensil.Pensil lama tu, dah pendek dah" 
sambung ibu..

Duit bertukar tangan, lantas ibu berlalu ke dapur, senyum itu tidak pernah luput diwajah ibu...Perasaan diri terasa hiba, bila diingat peristiwa semalam.....Ya ibu memahami perasaan aku yang mahu akan buku itu dan ibu lebih faham apa yang berada dalam perasaan aku, bagaimana mungkin aku berperasaan bahawa ibu tidak memahami aku? 

"Wahai ibuku, maafkan keterlanjuran bicara hatiku yang merungut walau tak pernah aku luahkan, namun dikau tetap memahaminya.Maafkan diriku yang kadang-kadang terlepas pandang akan kesusahan dirimu...namun tetap kau bersabar"
Lantas ku menuju kedapur, ku pegang tangan ibu ku salami dan kukucup mesra.Ku pandang wajah ibu...

"...maafkan diriku...Maa..."  
 Getus hati kecilku tanpa ada bicara yang terluah.




p/s : semoga roh mu dicucuri rahmatNYa...setiap memori akan tetap segar diingatan...dan akan ku garap setiap kenangan lampau diruang kecil ini.

Friday 7 October 2011

Lu AHMAD JAMIL @ BOS???

Ahmad Jamil seorang pekerja yang rajin, boleh dikatakan setiap masa dia mengadap komputernya..Lagak muka tak usah nak cakap bhai...serius abes la wa cakap lu...lipas lalu pun dia wat derk ja..Konsentrasi beliau memang tak dapat disangkal lagi...Disebabkan kerajinan yang beliau tunjukkan maka beliau menjadi tumpuan bos beliau. Bos beliau selalu memuji-muji beliau tak kira lah dimana waima dalam meting sekali pun. Ahmad Jamil gerenti la kembang lobang hidung ah bila di puji-puji kan, maka beliau dijelesi oleh budak-budak opis lain.

Satu hari, tengah beliau mengadap komputer beliau dengan penuh konsentrasinya tetiba ja beliau disapa oleh bos beliau dalam pesbuk chat..Mata Ahmad Jamil terbelalak, terdetik dalam hati beliau...

"wowww bos pon CHATING mehhh..."

Bos              : Wassup Jamil lu pree ke?


Ahmad Jamil  : Yo wassup bos, pree r bos kan waktu rehat ni...


Bos              : A'aah wa lupa plak.


Ahmad Jamil  : Pehal bos, ade ape2 yang boleh wa bantu ke?


Bos              : Takde ah wa cuma nak ingatkan lu, ari ni Jumaat...Ni dah kol 1 
                      bhai lu ta nak join wa p solat Jumaat ke? Lagi pon wa tengok 
                      lu dah 3 kali Jumaat tak pegi......
         
Ahmad Jamil : ....................................




p/s : Best kalau dapat bos prihatin camni bhai....So pada lelaki-lelaki diluar sana Selamat Hari Jumaat dan JANGAN WAT-WAT LUPA PLAK KEWAJIPAN ANDA.





Hadith :

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”


(Muslim)







Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama. ~~
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia~~



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).

Thursday 6 October 2011

Bila ARTIS ditanya bab HUDUD?

Bila artis ditanya bab Hudud...macam2 jawapan yang dikeluarkan...ishk3...Ini ibarat rosak motor tapi kita p sibuk2 dok p tanya kat kedai roti....Tolonglah masyarakat Islam jika tidak tahu dan tidak jelas tentang hukum hakam plz jangan memandai beri komen...Mungkin ada yang melihat ianya isu remeh tapi sebenarnya ia melibatkan soal akidah....Tolonglah p bertanya pada orang yang sepatutnya, orang yang fakih tentangnya! Janganlah beri komen hanya berdasarkan akal dan tidak berdasarkan nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah jangan pandai pandai nak jadi "Neo-Muktazilah"!



Dan Aku lebih suka artis kat bawah ni....ya jika tidak jelas dan tiada ilmu berkaitan hukum hakam lebih baik kita tidak memberi sebarang komen...Komen paling bodoh ialah dari ENOT, hukum hudud mana ada hukum SULA tolonglah faham dan baca dengan jelas tentang perundangan Islam...ni mesti tengok terlebih filem Melayu zaman dulu sehingga tak reti nak beza...dan perlu diingatkan dalam PERUNDANNGAN ISLAM kita mengutamakn pencegahan dan pendidikan bukan menghukum. Ini bermakna bertepatan dengan makna Islam itu sendiri, maka dalam perundangan Islam termasuk hukum Hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya kearah keharmonian hidup bermasyarakat.




Perlu diingatkan hukum HUDUD bukan sahaja merangkumi hukuman ke atas penjenayah yang terlibat dengan zina, minum arak, dan mencuri sahaja tapi ianya lebih meluas, mencakupi semua batas syariat yang ditentukan oleh Allah swt. Zaman laa ni yang dikesalkan ialah kefahaman yang tidak jelas tentang keindahan syariat Islam itu sendiri bagi seorang muslim. Salah faham tentang Hudud bila kita dimomok2 kan dengan perkara yang bukan-bukan, sebut saja Hudud maka rata-rata orang mula menggambarkan ianya satu hukuman yang kejam terhadap pesalah, malahan ada yang labelkan ia undang-undang yang ketinggalan zaman. 

Siapa kita yang mempersoalkan hukum yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran? 11 kali dalam 7 ayat dalam 5 surah yang berlainan ada disebut tentang perkataan hudud ni...Jadi kita nak cakap Allah tu kejam??atau kita nak cakap Allah tu ketinggalan zaman?? Siapa kita nak cakap macam tu kat TUAN kita? Bukankah kita ni HAMBA dia?? Jadi aku nasihatkan kalau kita jahil dan tidak faham dengan jelas maka lebih baik kita berdiam dan tidak mengeluarkan kata-kata yang BODOH, dan yang paling UTAMA kalau tak faham maka wajib kita cari ilmu tentang sesuatu hal tu...Silalah tanya para ulama, silalah berguru dengan guru-guru yang murshid dan silalah buat rujukan, cari ILMU faham dengan jelas tentang HUKUM HAKAM ALLAH...

p/s : "Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim." Quote from- TGNA-

Muattilah (Neo-muktazilah) : Yang hanya  melihat kepada roh agama berdasarkan akal mereka, disamping melalaikan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Mereka mendakwa bahawa agama ini hanya ada pada inti, tidak pada bentuk; hanya ada pada hakikat, tidak pada gambaran. Apabila didatangkan kepada mereka nas-nas yang muhkam, mereka akan berpaling dan menggunakan berbagai-bagai ta'wil untuk memesongkan maksud nas sesuai dengan akal mereka.

Wednesday 5 October 2011

Wordless Wednesday

~1 Pesanan Buatmu dan Buatku~

Gambar diambil di kedahlanie.info

Tuesday 4 October 2011

Hari ni Hari SELASA

Hari ni hari SELASA....bangun awal pagi seperti biasa...mandi..manda..
Oh hari ni hari SELASA....sakit perut bagai nak gila...
Hari ni hari SELASA.....aku merana...menahan perut yang sebu menggila....
Argggghhhhhhh...sakit....muka menahan kerut...hati sebal tak terkata.....
Hari ni hari SELASA.....SELASA..SELASA...SELASA....aku sakit perut tiba-tiba...!!
p/s : muka cemberut di pagi buta...

Monday 3 October 2011

Quote Of The Day

"Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...