Thursday 30 June 2011

Woot woott...Drama Tahajud Cinta

Gambar dr Incik Google
Wah..wah..wahh...gempak betul drama terbaru arahan kak erma fatima kita ni....hehe...seriously nampak cam best gile...tu bru tengok teaser dia tadi....huhuhu...



Kalau korang nak tahu pengarah dan juga pelakon terkenal kita ni telah mengambil langkah membariskan 19 pelakon popular dalam drama arahannya...fuyooo....memang gempak ah...ni memang betul2 boleh memberikan impak yang luar biasa kepada penonton ni....(harap2 macam tu la yer).....Haihh tak sabar nak menonton drama ni.....ngeee...maklumlah pelakon2 pon mantap u ols....

Drama Tahajjud Cinta ni mempunyai 13 episod dan  membariskan Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa. Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila...(wah barisan pelakon memang mantap kan)..

Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra ini akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malam dalam slot Zehra di TV3.

Sinopsis Drama

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Lebih kurang camtu la sinopsis dia.....tapi kalau nak tahu lebih lanjut jom kita pakat2 layan drama ni..... hehehe..chow cin cau..huuhaa!....

p/s : Biasanya kalau karya Erma Fatima sudah tentu best dan menyentuh hati....hehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...