Showing posts with label Ilmu dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Ilmu dan Tips. Show all posts

Monday, 4 July 2011

Selamat Datang Syaaban dan Semoga Berjumpa Lagi Rejab.

Rejab sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan.

Gambar dari Incik Google

Kini

Monday, 27 June 2011

TeLuR BeRbEnTuK hAti

Ahhaa..tengah godek punya godek incik google tiba tiba terjumpa sesuatu yang agak menarik juga la untuk di kongsi.....Nampak sweet sangat kalau kita buatkan....hehehe...nak tahu apa dia??....Ahhaaa!!

ini dia! jeng jeng jengjen....tarraaa!! (^_^)

Haa..buat yang suka..sila la cuba..Show ur luve melalui telur plak kat anak-anak,kat husband, kawan2 ke....Kreatif kan....So selamat mencuba.....huuhaa!

Sunday, 26 June 2011

Hikmah Doa

Assalamualaikum…
Malam ni rasanya nak post tentang hikmah doa. Rasa rasanya semua orang tahu kan, tapi disebabkan idea ni dah lama terperap disimpan dalam laptop ni, maka dengan itu saya post kat blog yang tak seberapa ni..Jom enjoy dan layan sedikit ilmu…huhuhu.Mudah-mudahan ianya memberi manfaat.

Friday, 24 June 2011

Tips bagi mendapat anak yang soleh dan solehah.

gambar dari incik google

Ketika mengandung, disarankan perbanyakkan membaca Al-Quran. Terdapat beberapa surah yang boleh diamalkan. Antaranya ialah :

1 ) Surah Al-Saffat, ayat 100 yang boleh dijadikan doa harian.




mafhumnya :
 "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh"

2) Surah Al Fatihah ( terang hati, kuat ingatan)
3) Surah Mariam (mudah bersalin, taat, sabar)
4) Surah Luqman (cerdik akal)
5) Surah Yusuf (cantik rupa paras,akhlak)
6) Surah Hujurat (sifat hati-hati, boleh perbanyakkan susu)
7) Surah Yassin (ketenangan hati untuk ibu dan anak dikandung)
8) Surah Taubat (bersih hati)
9) Surah Nahli (berdisplin)


gambar dari incik google




Selamat beramal... (^_^)


p/s : Al Quran sememangnya mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan, selain inginkan anak yang soleh/solehah kita juga akan memperoleh ganjaran pahala dan rahmat Allah, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran, kerana al-Quran itu menjadi penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...