Thursday 28 July 2011

Go HARIMAU MALAYA Go!!!

Malam ni pertembungan pusingan ke 2, sang singa dan sang harimau bagi Kelayakkan Piala Dunia 2014! Ayuh bangkit sang harimau, semoga kecederaan pusingan pertama memberi pengajaran yang bermakna buat sang harimau..Jangan ada lagi jaringan kartun okey (^_^)v Jangan hampakan harapan beribu ribu penyokong sang harimau di stadium malam ni!!wohooo..WE STAND WE SHOUT WE PROUD!


Harapan menggunung tinggi! AUMMMMMMM!!


Wednesday 27 July 2011

BONUS BAKAL TIBA!

WOHOOO!! BONUS BAKAL MENJELMA....perghh seronok tak? tentulah seronok kan..Ok senyum lebar-lebar tunjuk muka orang bahagia (^_^)

BONUS apa tu? NAK TAHU ? kalau anda nak juga BONUS ni senang ja, insyaallah dapat berganda-ganda lagi....LUAR BIASA bukan? Apa taknya ia memang tawaran BONUS yang LUAR BIASA (^_^)

Tuesday 26 July 2011

Mari Baca Mari Baca!

Gambar dari Incik Google
Assalamualaikum..

Semoga n3 kali ini kita semua memperoleh manfaatnya, insyaallah.

Maklumlah Ramadhan al Mubarak bakal menjelang tiba sudah pastinya ramai umat islam di Malaysia ingin berbuka puasa secara buffet di hotel-hotel, ianya seolah-olah sudah menjadi trend bagi yang berkemampuan.(^_^)

Bersempena dengan ini jom kita berkongsi maklumat penting berkaitan dengan senarai hotel yang punya sijil halal, bukan apa sebagai sesama muslim rasanya lebih baik kita mengingati sesama  kita kan, takut2 nanti ada pula yang termakan makanan yang mengandungi bahan yang diragui.....

Berikut senarai hotel & resort (mengikut negeri)yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, & HDC  :

Wednesday 20 July 2011

Dari Pantai Timur ke Utara

" Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi."
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! 

Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. 

Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. 

Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 18 Julai 2011

Penerangan Sebenar Mengenai Isu Arahan Penutupan Pusat Hiburan di Bulan Ramadhan oleh SU Politik MB Kedah.

Seperti yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!

Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.
Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enekmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

i. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan D0aerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ii. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

iii. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan , dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.
Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chew Hung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP!


Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enekmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam - yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

SU Politik MB Kedah

Tuesday 19 July 2011

Thank You Allah & Terima Kasih Mimosa...

Assalamualaikum..

Entry kali ini bukanlah apa-apa tapi entry yang biasa-biasa, semoga entry ini memberi manfaat buat diri sendiri dan semua.(^_^)

Kadang-kadang aku suka terkenangkan masa lampau, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kemanisan hidup, naïf, dan suka meneroka benda baru. Aku anak kampung yang tahan lasak dan suka meneroka hingga ke ceruk kampung. Mandi sungai, mandi parit, masuk semak, masuk belukar, masuk ladang semua jadi kegemaran aku. Bagi aku itu adalah satu nikmat di zaman kanak-kanak. Rindunya zaman itu.hehe..

Oh ya, entry ni bukannya tertumpu pada kegemaran aku dizaman itu, tapi ada kaitan gak la dengan aktiviti yang pernah aku lakukan. Kalau kat kampung, masuk semak belakang rumah pun korang akan jumpa benda alah ni. Aku suka main dengan benda ni, tapi awas berbahaya juga…hehe..nak tahu benda apa?

Monday 18 July 2011

Kata Maa #1

Dibalik tenang wajahnya, dia tersenyum meleret....Renungannya penyejuk jiwa dan aku masih ingat akan kata-katanya ;

Friday 15 July 2011

Kata Abah #2

Masih aku ingat lagi kenangan lalu, bila aku balik dengan kesan luka dan kaki terhincut hincut,wajah Abah tiba tiba terpacul didepan pintu tanpa sebarang kata melihat kearah motornya seketika, kemudian matanya lama tertancap pada aku, serius....

Thursday 14 July 2011

Kata Abah #1

Satu petang, tika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa aku duduk di jurai tangga mengadap ke belakang rumah, merenung pemandangan belakang sambil berimaginasi tentang alam lalu kubuat bait bait puisi dalam diam.Itulah kegemaran aku bila kebosanan. Aku tersenyum dalam kesepian suasana..menikmati…

“ehemm”

Wednesday 13 July 2011

Tuesday 12 July 2011

Seeking the truth





Ya ada yang kata aku sudah tak de kerja, ada yang kata aku sengaja cari penyakit, dan ada juga tuduh aku sembang kencang. Korang nak tahu pasal apa?..

Monday 11 July 2011

Kisah Salesman dan Pelajar

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Buka Mata Buka Minda

 Soalan dari seorang hamba Allah kepada Imam Muda Asyraf ak copy dan highlightkn. Jawapan yang diberi amat memuaskan.

Sunday 10 July 2011

Sebelum & Selepas???

Gambar dari Incik Google
 
Sebelum kawin .. 
 
" Yang , pinjam RM50 .. " 

Saturday 9 July 2011

Secebis Kisah Kota Lumpur

Aku bangun seawal pagi hari ini, bukan nak pegi window shoping bukan jua nak pergi dating. Hari ini aku nak melihat satu fenomena baru di sebuah kota Lumpur...Nak tengok apa?Cuba kamu teka...

Friday 8 July 2011

Salah Faham

Bestnya macam ni

by : kartun.aku

 tapi tak best bila...................

Thursday 7 July 2011

Gadis Penjual Susu


Khalifah Umar al-Khattab adalah khalifah Islam yang ketiga. Beliau mempunyai sikap berani dan tegas. Beliau banyak membuat pembaharuan di negera Islam sepanjang pemerintahannya.

Khalifah Umar sangat prihatin dengan kehidupan rakyatnya. Pada waktu malam, beliau selalu masuk ke kampung-kampung untuk melihat sendiri kehidupan rakyatnya.

Suatu malam, Khalifah Umar berjalan bersama beberapa orang pembantunya dari satu kampung ke kampung yang lain. Apabila penat, mereka berehat dan menyandarkan diri di sebuah dinding rumah.

"Ada Satu Pepatah..."

"Lembu kita pegang pada talinya"


perghh...rantai besi lagi..adehh...kuat betul.

manusia????

Wednesday 6 July 2011

Kisah Nabi Adam a.s.


Setelah Allah menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintang yang bergemerlapan, dan menciptakan malaikat-malaikat-Nya, iaitu sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para Rasul dan Nabi-Nya, maka tibalah kehendak Allah untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas, atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah: 

Ratapanku

Semenjak dua menjak ni aku terlampau suka mendengar lagu ni.....Lagu ni seolah olah mengamit kesedihan yang ada jauh di sudut dasar hatiku..

Mood Mak Lampir di Pagi Hari

Bukak blog....


Dengan ini diisytiharkan perasaan aku pagi ni..............

macam mak lampir....





dan juga macam ni..................



how i can trust you? jika asyik kena tipu?zzzzzzzzzzz




Jadi aku rawat macam ni........

Aku lafaz perlahan-lahan dalam hati

Berharap agar hati tenang kembali



p/s : susah betul nak handle hal ehwal perasaan dan hati ni....huhuhuhu......jom beristigfar mensuci dosa menjernihkan hati....
Mood berbloging dah hilang..
Oh ya, thanks to Jie buat aku mcm ni. sekian.

Tuesday 5 July 2011

Agak Agak La Nak Berimaginasi Pon. (-_-")

   
KUALA LUMPUR, 4 Julai – Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

"Lunch Time"


Time nak dekat dekat lunch tadi aku jalan dengan officemate menuju ke cafe.
Sambil sambil berjalan tu, kami berborak pung pang pung pang , lepas tu aku tanya soalan , lebih kurang macam ni la ; 

"Mana Milik Kita..?"


 Jika aku bertanya kepadamu, mana satu milikmu dalam tiap bahagian hidupmu?. Mampukah dirimu memberi jawaban padaku..kerana  puas aku berfikir bagi menjawab persoalan itu namun yang ku temui hanyalah "tiada". Ya, tiada satu pun yang ku miliki, lihat betapa miskin dan kerdilnya aku.

Monday 4 July 2011

Doa Memohon Dijauhkan Dari Kemaksiatan

Gambar dari Incik Google


Ya Allah, kami memohon petunjuk kepada-Mu sehingga kami senantiasa bertaubat atas segala dosa dan kesalahan kami, dan aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebab nya.

Dan jadikanlah kami selalu ingat kepada-Mu sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh dengan bahaya, selamatkanlah kami dari perbuatan maksiat dan gantilah dengan ada nya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya perasaan cuba untuk berbuat sebaliknya.

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kesalahan dan dosa sejauh jarak timur dan barat, bersihkanlah aku dari segala kesalahan dan dosa dosa bagaikan bersihnya kain yang putih dari kotoran, sucikanlah kesalahanku dengan air, salju dan angin...amin...

Doa Di Ketemukan Jodoh

Gambar dari Incik Google




“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.


Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Selamat Datang Syaaban dan Semoga Berjumpa Lagi Rejab.

Rejab sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan.

Gambar dari Incik Google

Kini

Hilang Punca

Gambar dari Incik Google
Dari kelmarin,hati aku merusuh, ada saja yang tak kena, perasaan amarah kadang kadang terluah pada baju yang tidak pernah bersalah..

Bagaimana nak hentikan Bersih?

Kadang kadang aku terfikir,

Friday 1 July 2011

Catatan Hidup



Sepertinya terlalu lama aku menunggu dijalanan ini hanya kerana kepinginan untuk merasa bakso. Diruang jalanan ini aku dan teman teman kepanasan di pancar sinar terik sang mentari, puas menahan satu persatu si teksi namun hampa semuanya keberatan untuk berhenti. 

Jahil dan Hina Hukum Allah... Dimana sensitiviti kita?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...