Friday 31 August 2012

Merdekakah Kita

Andai kemerdekaan itu diukur
Dengan acara anak muda terkinja-kinja
Merdeka kah kita?

Andai kemerdekaan itu diukur
Dengan perlakuan songsang di malam 31
Merdeka kah kita?

Andai kemerdekaan itu diukur
Dengan hanya melihat manusia berpeleseran
Merdeka kah kita?

Andai kemerdekaan itu diukur
Dengan hanya laungan dan slogan
Merdekakah kita?

Andai kemerdekaan itu diukur
Dengan melimpah ruah manusia di bukit jalil hanya kerana dipaksa
Maka merdekah kita?

Selamat Hari Kemerdekaan ke 55  ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...