Thursday 29 September 2011

Oh Minyak Wangi!

Bustaman: Aku tak puas hati tol! 


Pak Majid: Apahal nyer?


Bustaman: Ni! Minyak wangi ni.Aku tak puas hati! Buat rugi ja beli.


Pak Majid: Atee nyer knape? Busuk ke?


Bustaman: Idak lee busuk! 


Pak Majid: Abis, tak ori ke?


Bustaman: Bukan tu...Huh!


Pak Majid: Abis tu? Cer crite..cer crite...


Bustaman:Dah dekat 4 bulan aku guna minyak wangi ni....awek sorang pon tak    
                nak kejor  aku! Dalam iklan kat TV tu kemain lagi, aku nengok 
                awek berduyun-duyun kejor lelaki tu!!
                  
Pak Majid : Cettt!!! sedor la diri tu oiii....cam harem!








p/s : korang rasa iklan minyak wangi yang mana?hahahaha....

Wednesday 28 September 2011

Tuesday 27 September 2011

Lawak Yang Tak Lawak?

p/s : penah tak korang wat lawak bengek cam ni?Apa reaksi kawan/pasangan/suami korang?
Reaksi aku kalau jadi camni, aku cakap kuat-kuat...."patut ah kentut ja manjang" sambil kipas-kipas tangan pehtu tutup idung....lalala...

Monday 26 September 2011

Al-Kisah Akhbar # 1

Ahmad Busu : Bagus betoi akhbar bahasa Melayu ni noo...

Mohd Jalis    : Ya ka, bak sini nak tengok...

Ahmad Busu : Nah, bagus kan, penuh dengan artikel berunsur nasihat,  
                    keugamaan, info semasa lagi. Sesuai la  untuk orang-orang kita  
                    kan?

Mohd Jalis    : Ya bagus betoi la nooh, semua dok ada, macam-macam la...hak 
                    tu ada, hak ni pon ada........Cantekkkkk!!
                    
Ahmad Busu : Pesaipa???..

Mohd Jalis    : (senyum lebaq)......keputusan nomboq ekoq pon ada!!!

Ahmad Busu : Caittttt!!!

Boleh dikatakan akhbar tempatan berbahasa melayu, BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, HARIAN METRO ada benda alah ni......renung-renungkan....

Sunday 25 September 2011

Friday 23 September 2011

Thursday 22 September 2011

Temankan Gua Boleh?

Waktu : Petang yang hening
Lokasi : Mall ....... (rahsia)


Mat Rock         : Lu pree tak ari ni?


Ahmad Kamil  : Eh, ari-ari saya pree....Nape?


Mat Rock         : Cantekk, Temankan gua boleh?


Ahmad Kamil  :  Owrait, bab-bab teman ni saya no hal bang, nak suruh teman jumpa  
                               awek...boleh...teman g karaoke...beress...teman mancing...okey....teman p          
                               umah terbuka...saya suke,pasai pa kalau bab makan ni memang patut pun 
                               ajak saya...hehehe.
                         
Mat Rock        :  Perghh, kira lu ta dak hal r temankan gua ni?


Ahmad Kamil :  No hal bang! (penuh bersemangat dan yakin)


Mat Rock        :  Okeh! jom  teman gua solat asar berjemaah, da azan ni.....




p/s : Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Tuesday 20 September 2011

Stress!!

Assalamualaikum...Semoga n3 ini sama2 kita dapat manfaat ya...Insyaallah..

Kehidupan di zaman moden ni kita tidak lekang daripada tekanan atau stres hidup, ini adalah lumrah hidup manusia yang normal.So siapa yang tak stres itu abnormal...hehe...Malahan stres ni boleh berlaku pada semua peringkat umur...Diulang ya, semua peringkat umur..okey...

Entry kali ni lebih kepada entry berbentuk info, dimana aku ambik dari laman info ya supaya ia boleh di share kepada semua (^__^)v  Sharing is Caring maaa....So nanti boleh la kita semua tahu bahawa stres ni merupakan respon fizikal, emosi dan mental kita bila tuntutan kita tak dipenuhi....Humm menarik bukan? 

Okey jom kita kenal-kenal, laga-laga pipi then muahhss2  dulu dengan "apa itu stres", "punca-punca" dan "kenali tanda stres pada diri". Awalnya tadi aku merumuskan stres tu merupakan respon fizikal, emosi dan mental kan, apa kata kita lihat secara detailnya pula...Godek punya godek ni la yang saya dapat....Wahh seakan-akan sama tapi lebih berinfo gitu...Jom layan..


Apakah itu stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
  1.  Dalam diri
    • Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
    • Rasa tidak selamat
    • Pengalaman zaman kanak-kanak
    • Peristiwa dalam kehidupan
    • Perwatakan / personaliti
    • Dilema dalam membuat keputusan
    • Stres keibubapaan
  2. Sosial
    • Berpindah rumah
    • Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
    • Stres perkahwinan dan rumah tangga
    • Perhubungan interpersonal yang bermasalah
    • Masalah di tempat kerja
    • Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
    • Masalah/ perubahan persekitaran
    • Masalah kewangan
  3. Psikologi
    • Jenis Personaliti
    • Tragedi
    • Hilang orang yang dikasihi
    • Kurang keyakinan diri
    • Takut untuk gagal
  4. Biologi
    • Penyakit fizikal yang kronik
    • Perubahan dalam tubuh (remaja)
Kenali tanda-tanda stres anda…
  1. Tanda-tanda fizikal
    • Kering mulut
    • Gementar
    • Sakit kepala
    • Masalah tidur
    • Perubahan selera makan
    • Cepat letih
    • Lenguh-lenguh badan
    • Jantung berdebar-debar
    • Pernafasan semakin laju
    • Sakit perut
    • Cirit-birit
    • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
    • Letih lesu

  2. Tanda-tanda psikologi
    • Gelisah
    • Hilang sabar
    • Mudah marah
    • Lemah semangat
    • Risau dan bimbang
    • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
    • Mudah lupa
    • Takut gagal
    • Rendah diri
    • Keresahan
    • Tidak merasa seronok
    • Bosan
    • Low mood dan murung
  3. Tanda-tanda tingkah laku
    • Merokok berlebihan
    • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
    • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
    • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
    • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
    • Masalah tabiat makan





Amalkan 10B Untuk Tangani Stres ;
  1. Bertenang
  2. Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  3. Bernafas secara dalam
  4. Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  5. Berkata : Relakslah....
  6. Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  7. Beribadat
  8. Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  9. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
  10. Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
  11. Berurut
  12. Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  13. Berehat & mendengar muzik
  14. Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
  15. Beriadah
  16. Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
  17. Bersenam
  18. Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  19. Berfikiran Positif
  20. Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.Info ini diambil dari  INFO SIHAT

~Quote Of The Day~

"A Person Without A Sense Of Humor Is Like A Wagon Without Springs -- Jolted By Every Pebble In The Road." 
~Henry Ward Beecher~

Monday 19 September 2011

Cerita Di Waktu Pagi Keja

Kadang2 bila aku bangun pagi-pagi rasa malas nak bangun p keja.....sampai dok mandi pon aku bleh pikiaq lagi p keja ka dak...hehehe....penyegan btoi nak p keja kan, tambah2 kalau ari Isnin.....So nak bagi aku semangat sket, dalam bilik ayaq musti aku jerit ala-ala tarzan ooOOOouu BANZAIIII!!!....seyes aku jerit kuat2...hahahaha....budak umah sewa aku bukan dengaq pon depa tidoq mati, (huhuhu) sebab tak dak pulak depa heboh dengar sora orang jerit...wuhuhuh T_____T senonoh tak sayee?~ngeee~

Siap mandi, solat subuh bagai...then bersiap p keja...doa2 apa yang patut aku melangkah dengan perkasanya..huhuhuhu....Tapi aku tetap rasa malas bila sampai kat bus stop...yy??

Huh, haa la bangun pagi2 untuk dok bersesak dalam bus ngan warga asing,,,perghhh menguji keimanan aku btl la....kena plak depa tayang aircond depa......adooiiii semerbak tengit di pagi hari....tu belum lagi kira depa saja2 dok nak himpit2 gadis2 ayu...(bukan aku la)..hahhaa..aku buat muka singa depa tak berani  nak dekat, kalau ada yang nak dekat musti tak dapat, pasai aku dah cekak pinggang aku, then aku siku jaa (muahahaha) gelak jahat...jangan bagi muka kat lelaki gatai naa, law boleh wat style ombak wat ja bagi depa rasa.....huh...ni yang nak emo ni....bila la nak ada bus pompuan plak ni...huhu

Tu baru bab sesak dalam bus, belum lagi sesak dijalan raya, memang pedih jiwa aku kalau bab2 jem ni....Nak2 plak aku pakai kasut bertumit tinggi pastu dalam bus berdiri.....huhuhuhu....lenguh labu betis aku nooohh....muka noob gilaa la time tu  T___T wuhuhuhu......Kena pulak time tue pelajar skolah ada hak tak berapa nak ada moral dok huuu haa huu haaa dalam bus macam beruk lagi la wat hati aku sebal...Aishhhh geram betol, aku pon tak paham budak2 laa ni bajet cool kowt dok huu haa huu haa dalam bus hak penuh sesak orang nih.....Siap bergurau tolak menolak menyusahkan orang lain plak... Dalam ati aku, humban jugak budak ni keluaq, perangai cam hapa dah aku nengok....."sabaq ja la" ayat aku nak pujuk hati....

Sampai kat LRT ja rasa lega la sket, tapi ada satu ari memang suweyyy LRT rosak beb, aku nak naik pon xdan haihhh, ramai orang btol.....Ermm last2 aku p keja pkol 9am....errr...syuhhhhhh....Tapi kat dalam LRT ni pon kadang-kadang aku bersua juga ngan orang yang tak berapa ada moral....peluk2,gesel2, raba2...adeshhh apa nak jadi dengan anak muda kat Malaysia ni....Haishhh kalau dah bukan muhrim tu berdosa la ngekk....apa yang hebatnya dengan menunjuk hari ni korang dah buat dosa??Seyes aku pelik dengan senario yang berlaku sekarang ni, orang kita kalau buat dosa siap tunjuk dengan bangganya...Kalau perasaan malu tu tak dak pliss tulun p beli sekilo dua boh dalam diri sket....Humm sabar lagi.... (-___-") Ya Allah ampunilah hambaMu ini...aminn..

Haa, aku dah malas la nak type panjang2 lenguh ketiak, n3 ni stop sampai disini..kih3...Pesaipa tak taw aku dok melalut type entry merapu meraban nih...wuhuhuhu..."sapa la nak hadiah KETA kat aku sebijik".....tu la ja motif utama entry ni...aku nak keta!....hahahhaa....errr xde kaitan ja kan...lantak ampa laa.... (^__^)v

tolong jangan bagi kereta ni..sebab aku dah ada..hahahha...


Monday 12 September 2011

UPDATE

wUHuuuhu...lamanya tak hupdate....yang ni kira update la nohh...ceq xlarat laa atau lebih tepat lagi ceq 'penyegan' a.k.a malas....wahahahha....banyak benda nak tulis tapi dah malas nak buat camna last2 tepek jaa la gambaq ni..... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...