WOHOOO!! BONUS BAKAL MENJELMA....perghh seronok tak? tentulah seronok kan..Ok senyum lebar-lebar tunjuk muka orang bahagia (^_^)
BONUS apa tu? NAK TAHU ? kalau anda nak juga BONUS ni senang ja, insyaallah dapat berganda-ganda lagi....LUAR BIASA bukan? Apa taknya ia memang tawaran BONUS yang LUAR BIASA (^_^)
BONUS YANG BAKAL TIBA, INI DIA....TADAAA!!(^_^)
![]() |
gambar dari incik google |
YESSS...its true RAMADHAN, inilah BONUS yang saya perkatakan tu....BONUS dari ALLAH swt sebagai rahmat kepada hamba2Nya.(^_^)
(^_^) Nak dapat BONUS yang luar biasa ni kita kenalah ada kunci..Apa kuncinya?
NIAT yang IKHLAS dan BENAR ketika melaksanakan kewajipan RAMADHAN.
Maknanya niat kita harus kerana Allah bukannya kita puasa atas sebab lain dan juga kita harus menjaga ibadat puasa kita, misalnya :
- puasa kerana malu dengan rakan-rakan,
- puasa kerana ikut-ikutan,terpaksa
- puasa kerana nak menunjuk-nunjuk,
- puasa kerana sebab2 keduniaan yang lain,
- puasa tetapi mengamal amalan keji, cthnya bercakap buruk, mengumpat, mencarut, memfitnah dan apa2 sahaja yang berkaitan dengan dosa.
MAKA BERDUKACITALAH KITA seandainya termasuk dalam golongan2 sebegitu..(-_-) WHY?? kerana kita tak layak mendapatkan BONUS dan TAWARAN ISTIMEWA pahala luar biasa yang ditawarkan oleh ALLAH....minta dijauhkan ok(^_^)
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
MAKSIMUNKAN BONUS, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?
Nak dapat pahala lebih, antara perkara yang boleh kita lakukan ialah ;
- Niat dalam hati untuk berpuasa
- Bersahur
- Banyakkan baca Al-Quran dengan tertib/tidak tergesa-gesa
- Banyakkan Doa ketika sedang berpuasa
- Banyakkan Doa ketika hampir berbuka
- Menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu berbuka
- Digalakkan berbuka puasa dengan memakan buah kurma
- Amalan bersedekah
- Menunaikan Solat Sunat Terawih berjemaah
- Memperbanyakkan bersiwak/bersugi
- Mengawal Nafsu
- Perbanyakkan ibadah.
Ok gembira tak? dah tahu BONUS apa kan, jadi apa lagi jom sama2 kita pakat2 rebut BONUS luar biasa ini dan jadikan ianya sebanyak mungkin TAPI jangan lupa pastikan ia berkualiti...Insyaallah ia akan memberi seribu satu macam keseronokkan yang berpanjangan (^_^)v
No comments:
Post a Comment