Tuesday 19 July 2011

Thank You Allah & Terima Kasih Mimosa...

Assalamualaikum..

Entry kali ini bukanlah apa-apa tapi entry yang biasa-biasa, semoga entry ini memberi manfaat buat diri sendiri dan semua.(^_^)

Kadang-kadang aku suka terkenangkan masa lampau, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kemanisan hidup, naïf, dan suka meneroka benda baru. Aku anak kampung yang tahan lasak dan suka meneroka hingga ke ceruk kampung. Mandi sungai, mandi parit, masuk semak, masuk belukar, masuk ladang semua jadi kegemaran aku. Bagi aku itu adalah satu nikmat di zaman kanak-kanak. Rindunya zaman itu.hehe..

Oh ya, entry ni bukannya tertumpu pada kegemaran aku dizaman itu, tapi ada kaitan gak la dengan aktiviti yang pernah aku lakukan. Kalau kat kampung, masuk semak belakang rumah pun korang akan jumpa benda alah ni. Aku suka main dengan benda ni, tapi awas berbahaya juga…hehe..nak tahu benda apa?

Hahaha, inilah dia benda alah yang aku suka main-main tu, kalau kat kampung aku sebut pokok semalu ja, tapi saintifiknya disebut mimosa pudica

Gambar dari Incik Google

Sungguh aku suka kat pokok ni, sebabnya bila kita sentuh daun dia akan tertutup.Masa aku kecik-kecik dulu aku dengan kawan-kawan sepermainan aku suka main soal-jawab..seronok walau kami masuk semak tapi kami jana jugalah minda(waktu tu tak tahu pun dok tengah jana minda…tapi alhamdulillah)

Waktu kecik-kecik dulu aku main soal-jawab sebab suka-suka dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tunjuk sapa paling terror dalam memberi jawapan. Hasilnya meriah sebab masing-masing akan teruja untuk memberi jawapan. Seronoknya zaman dulu. Oh, berbalik pada cerita pokok semalu tadi, pernah tak kita memerhati sifat yang ada pokok semalu itu?

Masa kecik-kecik aku selalu rumuskan sifat pokok semalu tu adalah pemalu…ya lah bila kita sentuh ja terus dia tutup daun-daun dia, pandai dia lindungi diri dia dari dirosakkan. Cukup hebat bukan ciptaan Tuhan, pokok tu tiada akal untuk berfikir cuma hanya diberi fitrah sahaja TAPI sudah mampu melindungi diri.  Ya lah, walau dah tutup, tapi bila kita sentuh juga pasti tangan kita terkena duri, humm hasilnya tangan cedera kan. Itulah balasan yang perlu diterima. (^_^)v

 Pokok semalu ni ada khasiat dia, khususnya buat perempuan yang baru lepas bersalin, jika ikut perubatan tradisional, pokok semalu ni kalau direbus dengan buah manjakani dan asam keping, air rebusan tadi bolehlah digunakan untuk membersihkan anggota sulit wanita. Jadi, kalau kita boleh mengambil manfaat dari khasiat pokok semalu apa salahnya jika kita juga sama-sama menjadikan sifat pokok semalu itu tauladan bagi kita.(^_^)
Gambar from incik google

Kesimpulannya mudah, kalau pokok semalu itu tidak membenarkan diri dia disentuh, dan menguncup daunnya untuk menjaga keselamatannya maka sama jugalah dengan para wanita, gadis ataupun perempuan. Kaum wanita seharusnya menjaga aurat dan kehormatan diri mereka. Kalau tumbuhan yang tidak berakal itu mampu menjaga diri, apatah lagi kita manusia yang dilantik khalifah dimuka bumi. Sudah tentu lagi hebatlah cara kita menjaga diri kan. Ok renung-renungkan, selamat beramal (^_^) entry ni  aku buat sebagai peringatan utk diri aku juga, semoga boleh berubah kearah kebaikan hendaknya. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...