Friday 15 July 2011

Kata Abah #2

Masih aku ingat lagi kenangan lalu, bila aku balik dengan kesan luka dan kaki terhincut hincut,wajah Abah tiba tiba terpacul didepan pintu tanpa sebarang kata melihat kearah motornya seketika, kemudian matanya lama tertancap pada aku, serius....


 Aku kaget tanpa bicara yang hanya terpamer di wajah aku saat itu adalah perasaan cuak dan perit, ya cuak bila aku dah menjahanamkan motor Abah, perit bila rasa pedih luka itu. Aku pasrah.

"Errr, Bah mintak maaf Bah...motor Abah habis rosak, eksiden tadi" 

Laju tapi hanya itu yang mampu aku kata, tanpa menatap wajah Abah. Kakiku terus terpaku disitu menyesali kejadian tadi.

"Tak apa motor boleh dibaiki, tapi anak tiada ganti"

Ku angkat wajah  ingin memandang Abah, dan kelihatan ditangannya sudah ada sebotol ubat luka...Terkesima, rupanya tiada garis garis amarah terhadap anakmu yang bertuah ini. Terima kasih Abah kerana banyak pengorbananmu buatku.


p/s: aku langgar ayam ja, tapi ayam tak mati ,aku dengan motor ja yang parah.....(parah menahan malu) malu tak malu, cuba korang bayang dengan aku yang luka luka sakit, aku terus bangun cari balik motor yang dah terbabas kemana mana, then try start ,terus aku pecut balik rumah...kenangan betul.(^_^)v

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...