Thursday 14 July 2011

Kata Abah #1

Satu petang, tika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa aku duduk di jurai tangga mengadap ke belakang rumah, merenung pemandangan belakang sambil berimaginasi tentang alam lalu kubuat bait bait puisi dalam diam.Itulah kegemaran aku bila kebosanan. Aku tersenyum dalam kesepian suasana..menikmati…

“ehemm”


Suara garau Abah memecah sepi.Aku berpaling kebelakang melihat sosok tubuh tua Abah yang datang mendekat.

“Baru balik Bah..” 

Aku senyum. Abah mengangukkan kepala dalam keletihan.

“Apa yang di buat disini” 

Abah bertanya sambil duduk melepaskan hela nafas.

“Sekadar melihat Bah"

"Bila pendaftaran Universiti tu"  Tanya Abah lagi...
 "Minggu depan Bah, kenapa?"
Abah tidak menjawab, cuma menganggukkan kepala...Lalu ku biarkan sahaja soalan aku tidak dijawab Abah.Aku pandang keluar melihat jauh kebelakang, ku biarkan Abah berehat. Suasana sepi kembali tanpa bicara, sesekali sepi itu diganggu kokokan ayam dan deru angin. Dalam sepi suara garau abah kedengaran lembut, tapi penuh ketegasan.

“Jaa, Abah ni hanya peneroka, Abah bangga bila anak Abah berjaya lebih dari Abah tapi Abah akan lebih bangga jika akhlak dan akidahmu terjaga walau dimana nanti kau berada”

Abah berlalu menuju ke kamar mandi meninggalkan aku keseorangan yang masih lagi merenung jauh, bukan merenung alam tapi kini merenung kata Abah…Terima kasih Abah aku menyeru dalam diam….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...