Saturday 9 July 2011

Secebis Kisah Kota Lumpur

Aku bangun seawal pagi hari ini, bukan nak pegi window shoping bukan jua nak pergi dating. Hari ini aku nak melihat satu fenomena baru di sebuah kota Lumpur...Nak tengok apa?Cuba kamu teka...


Beberapa keping gambar dari rakan2 yg hadir berhimpun,dorang post kat internet, aku tengok berita RTM dan TV3 mereka spin berita punya laju...tapi tak pa sebab aku dah lihat live di depan mata...Aku tahu sapa sebenarnya yang berdusta...Bagi aku kalau kerajaan cerdik sepatutnya dorang tangani masalah ni dng lebih efektif, Walaupun sudah disekat gila-gila, dengan pelbagai tekanan dan tangkapan, tetapi rakyat masih berkumpul seramai ini dibeberapa buah lokasi di KL...Apa tandanya ini, hey kawan usah disalahkan itu hindu ka melayu ka islam ka apa ka, tapi ini hanya petanda rakyat sudah bersuara Untuk PEMERINTAH TIDAK EGO, BUKA TELINGA,MATA DAN HATI,berubahlah kerana PERUBAHAN itu pasti baik untuk semua.Kerajaan yang responsif lebih disayangi rakyatnya.


Gambar 1,2.3 ni Gambar org Malaysia yang menyokong 8 tuntutan Bersih kat oversea, Auatralia. Untung diorang dibenarkan berhimpun secara aman tanpa ada pihak polis yang nak datang kucar kacirkan.Ya aku akui berbeza di Kota Lumpur. 




Ni pula gambar disekitar Kota Lumpur, Bersih nak berhimpun aman pun tak boleh jadi aman sebab polis suka buat ikut suka dia. Oh aku tak kata bukan bukan mesti kena tonton live depan2.

Oh ya, gambar ni korang takkan dapat tonton kat tv mahupun paper sebab polis kita hebat belaka!



Cina, Melayu, India semua ada, tapi Bersih tak bergaduh pun.Tiada perkauman ya

Jumlah yang sebegitu ramai dalam TV kata sedikit ja, tak percaya tengok ja apa Ketua Polis kata

Masjid,surau dorang lock, tapi tak pa Solat tetap kena jaga, dorang solat kat luar ja la

Ni gambar saat2 akhir himpunan, tengok puak2 Bersih dah habis dorang pakat2 g salam, aku tengok dorang bersih moral tetap salam dng polis.

Punyalah ramai tapi aku dah agak media massa akan papar benda lain punya mesti dorang kata puak ni yg serang dulu kan, tapi tak pa tadi ada banyak mata yang memerhati sapa yang buat sapa dulu.Aku senyum ja


 Oh ini siapa ya? Pun jadi mangsa polis juga, tv takkan tayang punya



 Berjalan dengan aman ja


Oh aku tak tahu nak kata



Yang ni pun kena tangkap juga, jadi yang kata dia hindu ka apa jangan risau polis cekap buat kerja


Oh ya, ni pun menunjukkan polis kita cekap buat kerja. Habis la luka luka











Oh ya, asap tu bukan asap yang main masak masak, itulah gas pemdih mata...wow menarik bukan 




Cuba teka polis tengah buat apa?


Pak Samad Said at press conference: "I have never seen all the races in Malaysia so united in one cause before" tu kt bawah A.Samad Said, aku pn brjiwa sastera.

 Sembur air jangan tak sembur



Ni hujan lebat ni

 Cuba teka, itu asap apa?


p/s : Malas pula aku nak bercerita,...Adeh sakit pinggang masih terasa...Korang nak rasa macam aku,?tentunya tidakkan...Ok la selamat malam kota lumpur.Tapi pada hemat aku layanan dan tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa dan kerajaan pd hr ini blh la aku rumuskan "IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABUNYA"....yg rosak xdpt dibaiki, malahan menambahkan lagi kerosakan yg sediada.....maknanya sepatutnya jika kerajaan ingin mengukuhkan kredebiliti kepimpinan mereka, mereka seharusnya mengambil langkah yang lebih efektif..dan buat media massa tahniah, anda spin la berita kerana ramai yg tonton live didepan mata.
Manusia akan menilai dan Allah jua menilai...."Ya, aku cukup makan, cukup pakai,family aku ok biaq p la org tu kena pukul kena apapun ada ak peduli" kata kata ini biasa aku dengar susahlah bila berada dalam "comfort zone", tidak pernah cuba meletak diri pada tempat orang lain. BERSIH 2.0 akan  jadi kenangan. Membuktikan perhimpunan ini mmg aman, walaupun dikasari, ditahan, disembur, diprovoke, dicerca macam2, difitnah macam2. Tapi hari ini terbukti.Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...