Friday 30 December 2011

Ku Bermohon PadaMu


Ya Allah, Yang Maha Memberi,
Berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Kau beri petunjuk,
Berilah aku kesehatan seperti orang-orang yang telah Kau beri kesehatan,
Pimpinlah aku seperti orang-orang yang telah Kau pimpin,

Berikanlah berkah pada apa saja yang telah Kau berikan padaku,
Peliharalah aku dengan rahmatMu dari kejahatan yang telah Kau pastikan,
Sesungguhnya tidaklah hina orang-orang yang telah Kau beri kekuasaan, 
dan tidak mulia orang yang Kau musuhi,
Engkau Maha Berkah, Engkau Maha Luhur,

 Ya Allah, yang Maha Mengampuni,
Jangan hapuskan kebaikanku karena adanya kemaksiatan kepadaMu,
Jangan hapuskan ibadat dalam kesunyianku karena dorongan cobaanMu,
Lindungi aku dari keburukan yang tidak aku ketahui dengan perlindungan menyeluruh,

Ya Fattaah, yang Maha Membukakan,
Bukakan bagiku pintu taubat,
Bukakan bagiku kasih sayang, santunan dan rizkiMu yang luas,
Sungguh aku termasuk hamba yang merindukanMu,
Sempurnakan kurniaMu padaku karena sesungguhnya Kau sebaik-baiknya Pemberi Kurnia


Ya Tawwaab, yang Maha Menerima Taubat,
Segala Puji BagiMu ya Allah,
Aku mohon ampun kepadaMu, Aku bertaubat dan ingin kembali di jalanMu,

T_______T  ...Amin...Rungkaikanlah kekeliruan ini Ya Allah...ampunilah aku...

Tuesday 20 December 2011

"Peel" Orang Kita # 2

Lokasi : Kaki lima Mesjid.
Time    : Nak masuk waktu Asar.

Pakcik A : Assalamualaikum..
Pakcik B : Waalaikummusalam..

(Senyum-senyum sambil bersalaman)

Pakcik A : Ermm, ang pa habaq Andak, sihat?
Pakcik B : Owh, aku lagu ni la Nan oii...stakat nak mai jemaah buleh lagi la...
Pakcik A : Alhamdulillah.

(Pastu sembang-sembang..pong pang pong pang seround dua, sambil tengok keadaan sekeliling)

Tiba-tiba..

Uwekkk...uwaa..uwaa....
(tangisan anak kecil)


Pakcik A : Humm..anak sapa laa dok uwekk-uwekk tu....
Pakcik B : Awat la dok p biaq anak dok riau nanges dekat mesjid nih.

(Sambil jeling-jeling manja kat satu tempat)

Pakcik A : Depa ni tak taw ka, ni dah kira menggangu orang nak solat...Awat la tak prihatin.
Pakcik B : A'aah aku setuju ngan ang, ni dah kira menggangu ni.Haishh tak belajaq ka depa ni...

(Bla-bla-bla-bla-bla-bla......kutuk-kutuk-kutuk dan kutuk)

Pakcik A : Eh, dah azan la Andak, jom...kita p solat jemaah.
Pakcik B : Jom-jom....

(Bergegas masuk sambil jeling manja lagi kat anak kecil and orang tua anak kecil)

Maka solat berjemaah la kedua-dua pakcik tersebut bersama-sama Tok Imam dan makmum lainnya termasuklah juga dengan Bapa si anak kecil yang nanges tadi.......Dok tengah baik punya tahiyat akhir tiba-tiba terdengarlah satu suara sungguh syahdu dan mengeletek jiwa....T___________T


"Oh! Hoooo! Ohoi! Kalau mata dan bertentang mata. Hati didalam bagai nak gila. Heii!!"


Suara itu berulang kali kedengaran, sehinggakan bacaan tahiyat Tok Imam pun kemain keras dan laju...Salam diberi, terus Tok Imam paling belakang kelihatan Pakcik A dok gagap-gagap tekup henset pakai tangan, gabra sampai terlupa mana satu butang off....Pakcik B tersenyum sumbing, makmum lain senyum kambing sambil geleng pala...Selesai bacaan doa dan basuhan baik punyaa dari Tok Imam, Bapa si anak kecil terus g salam ngan Pakcik A sambil tepuk-tepuk bahu....Lalu berlalu pergi meneruskan perjalanan musafir.

Gambar dari incik gugel.
p/s : Peringatan bila tiba dikawasan Masjid atau tempat beribadat silalah matikan nada dering telefon anda agar tidak menggangu orang lain, buatlah PERSEDIAAN sebelum solat, elakkan diri dari bercakap atau mengumpat hal-hal yang merugikan....Sekiranya membawa anak kecil pujuklah anak-anak dengan sebaiknya jika mereka menangis, didiklah anak-anak agar menghormati masjid sebagai tempat beribadat kerana masjid juga merupakan tempat terbaik untuk mendidik anak-anak.


Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW apabila pergi ke masjid untuk beriktikaf dan Baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, Baginda berkata: “Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran (atau apabila bersolat).” (Hadis riwayat Abu Daud)


jom baca ni : “subhan allah wa al-hamdu lillah allahu akbar” 

Friday 16 December 2011

Selamat Beribadah!

Gambar dari incik gugel
p/s : Jangan diikut kelakuan ini.Sesunguhnya Allah melihat segala perbuatan kita.Renung-renungkan selamat beramal.(^_^)

Dengan ini saya mengucapkan selamat beribadah, buat kaum adam selamat solat Jumaat jangan gatal-gatal tak p solat Jumaat, jangan gegeh-gegeh dok p isytihar uzur syarie, hangpa mana ada semua tu....huhuhu...dan pada manusia-manusia yang berkenaan p mesjid jangan plak dok p paw selipar orang noh! Selamat Beribadat sekali lagi.....(^_^)

“Tidakkah dia mengetahui dengan sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?” (QS. Al ‘Alaq : 14).
“Maka, penglihatan Sang Pencipta tidak seperti penglihatan makhluk, dan pendengaran Sang Pencipta tidak seperti pendengaran makhluk. Sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala melihat apa yang di bawah tanah dan apa yang di bawah bumi yang ketujuh, serta apa yang di langit-langit yang tinggi. Tidak ada sesuatupun yang luput atau tersembunyi dari pandanganNya, Ia melihat apa yang berada di dalam lautan berikut kegelapannya, sebagaimana ia melihat apa yang di langit. Sementara manusia hanya melihat apa yang dekat dengan pandangannya, adapun yang jauh tidak mampu mereka lihat, dan manusia tidak mampu melihat sesuatu yang tertutupi antara dia dengan-Nya. Terkadang nama itu sama, akan tetapi maknanya berbeda”. (Al-Hujjah, 1/181).

Thursday 15 December 2011

"Peel" Orang Kita # 1

Lokasi : Tepi Tasik dekat Taman
Masa   : Petang-petang lepas azan Asar.


Pakwe : Sayang u sayang i tak?
Makwe: Ofkos la i sayang u....U sayang i ?
Pakwe : Sayang la.....

(ketawa-ketawa manja sambil dok buat adegan hindustan, cettt!)

Pakwe : Jom sayang kita jenjalan.
Makwe: Jom...Awww...u pehliz tarik tangan i...tak larat la nak berdiri..sengal kaki ni....

(Hulur tangan sambil merengek manja...ptuiii!)

Pakwe : Sayang i jalan pegang tangan u ek?
Makwe: Okey sayang, tak pe lagi pun pegang tangan je kan.....

(Jalan beriringan ,pegang-pegang tangan...felling2 Rome Juliet....alololo..cuiii!)

Tiba-tiba terdengar suara si Makwe.....

Makwe: Sayang ada anjing kat depan tu...i takut la....huhuhu...eeewww...takutnya...
Pakwe : U jangan risau meh rapat dengan i...karang kalau dia jilat kaki u nanti susah plak
              kita nak samak......

(Sambil tarik si Makwe dalam dakapan)


(. . .)



p/s : Anjing bleh lg samak tapi kalau bersentuhan bukan mahram ni agak-agak boleh samak ke?Orang kita kalau bab anjing bab babi bukan main bernajis bagi mereka tapi kalau mai bab pegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah, depa buat selamba derkk jaa walhal perbuatan ini merupakan satu dosa dan maksiat....
      
Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”.
 [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921] 


“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat (berduaan) dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu (menghasut melakukan seks sebelum nikah).”
(Hadis riwayat Ahmad)



Thursday 8 December 2011

Bernilaikah syukur dan tahmidmu?

Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar"
Bersyukur dan memuji Allah setelah berjaya membuat sesuatu yang Allah haramkan...perlukah?
Ahh, aku hanya tertanya tanya pada diri sendiri yang serba kekurangan......Tidak mampu memberi jawaban......sepi......merenung papan kekunci...... 
Terngiang-ngiang suara seseorang yang pernah hadir dalam hidupku ;
"suatu masa nanti manusia semakin berada dalam kesesatan fikrah yang jelas"
Oh Tuhan ampunilah aku......terkadang hanyut diduniaMu.... T___T 
 

Wednesday 7 December 2011

Murahan

Pompuan A : Wei, budak laki zaman laa ni macam tak suspek respek ja kat kaum hawa....Aisshh camna
                       nak bagi depa tak pandang kita murahan ah?

Pompuan B : Simple, tok sah dok buat klakuan murahan........

Pompuan A : ............ (diam sambil betulkan baju yang terlondeh menampakkan separuh dadanya)

Kelakuan murahan yang melanda. Jangan ditiru gaya ini..Gambar dr incik gugel.

Tuesday 6 December 2011

takde tajuk!

Dear Blog,

Semenjak bermenjak menjak ni aku malas nak update dah blog ni...biasa la newbie blogger, hangat2 taik angsa ja lebeh..Dah jadi tabiat aku agaknya kalau malas ja aku akan buat dunno dengan sebarang benda waima makan sekalipun..huishhh teruk2..Semalam aku baru ja sampai dari kampung bai, penat la gak tapi seronok dapat jenguk kampung halaman....teringat kenangan zaman2 dolu time aku kanak2 hidup kat kampung penuh adventure..Naik beskal ikat kain merah kat leher pastu berlagak cam kamen raider...perghhhhh..heroo ah wa cakap lu....Tu lah superhero feveret aku...Aku rasa banyak lagi yang aku nak tulis tapi hummm, entahlah....Huwargggghh...ngantok la plak...ermmm...no idea....kalau ikut pada firasat aku kalau takdek idea kita seharusnya tido nanti2 idea mai la sndiri...wahahaha...okey tido lu...zzzzzzzz..(nak tido senyum2 sambil mimpi jadi kamen raider lol!) bai....

Sekian, salam sayang dari,
aku...penulis malas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...