Sunday 26 June 2011

Hikmah Doa

Assalamualaikum…
Malam ni rasanya nak post tentang hikmah doa. Rasa rasanya semua orang tahu kan, tapi disebabkan idea ni dah lama terperap disimpan dalam laptop ni, maka dengan itu saya post kat blog yang tak seberapa ni..Jom enjoy dan layan sedikit ilmu…huhuhu.Mudah-mudahan ianya memberi manfaat.


Doa merupakan permohonan seorang hamba kepada Raabnya untuk diberikan inayah dan ma’unah. Permohonan seorang hamba sebenarnya menjadi satu ekspresi kelemahan, tidak mampu dan kefakiran kita kepada Allah SWT, ia juga merupakan realiti kehidupan manusia yang sebenar bahawasanya tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Kita digalakkan mengikut adab  ketika berdoa agar doa kita dimakbulkan, misalnya ;

1) Bersih dari najis dan hadas.
2) Berdoa dengan khusyuk dan ikhlas
3) Merendah diri dengan Allah
4) Hendaklah mengangkat kedua belah tangan (menadah tangan)
5) Mulakan dengan basmallah
6) Mengadap qiblat dan berselawat kepada Nabi s.a.w. ketika di awal dan akhir doa.
7) Memilih masa dan waktu yang mustajab.

Doa juga mempunyai pelbagai hikmah, antaranya ialah ;

from me

from me





 Tu la sedikit sebanyak pasal doa, jadi sebagai hamba Nya tidak kira warna kulit, bangsa, mahupun bahasa pertuturan sebagai manusia kita seharusnya berdoa dan merintih kepada Allah, kerna Allah maha Mendengar dan Memahami hambaNya..So jom berdoa (^_^)

p/s : Doa mengelak rasa kecewa dan putus asa, jadi jom kita berdoa tapi ingat berusaha jangan lupa.

    "Doa itu senjata bagi mukmin"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...