Saturday 25 June 2011

Kisah Hati Yang Kebuluran

gambar dari incik google
….Kedinginan yang mencengkam tubuh setelah usai solat subuh benar benar membuatkan mata terasa dibelai  belai agar menyambung  tidur…namun hati membantah lemah…menyuruh bertahan…
Aku menekur lantai diiringi lafaz istigfar lemah…semakin lama mataku seakan akan memberat…lafaz istigfar semakin lama di tukar dengan aktiviti menguap…tatkala itu akhirnya aku terlena di tikar usang itu…

Hati : Kau terlampau lemahkah untuk melawan perasaan mengantuk itu?


Aku : Tidak, aku bukan selemah itu.

Hati : Habis mengapa kau tidur akhirnya?

Aku : Aku terlampau penat dengan kerja kerja keduniaan aku, jadi biarkan aku berehat . 

Hati : Tidakkah kau mahu mengetahui satu rahsia tentang aku?

Aku : Rahsia? Apakah itu? 

Hati : Rahsia aku..

Aku : Ceritakanlah aku ingin mendengarnya…

Hati : Aku  sakit sekarang.. .benar benar sakit…

Aku : Kamu sakit? Penyakit apa yang sedang dideritai oleh kamu wahai hati?

Hati : Ya….kesakitan itu disebabkan aku yang terlampau kebuluran…menjadikan aku lemah tidak bermaya…

Aku : Maka mengapa tidak kau rawat penyakit itu? Mengapa kau biarkan diri kau menderita?

Hati : Bukan.Bukan aku  tak mahu…Aku tak berdaya…

Aku : Kau kejam….membiarkan dirimu menderita tanpa rawatan..

Hati : Tidak! Aku tidak kejam, tapi kau yang kejam!

Aku : ..(Terkejut)…aku…aku tidak kejam…mengapa aku yang kau salahkan di atas penderitaanmu?

Hati : (Merenung jauh kedalam mataku)….ya sememangnya setiap penderitaanku adalah kelalaian    dan kesalahanmu wahai sahabat…kau membiarkan aku kelaparan tanpa makanan…

Aku : (Terkesima) Bagaimanakah?

Hati : Berapa banyakkah kau mengisi kekosongan perutku dengan ilmu yang bermanfaat dan hikmat? Berapa kerapkah kau membasahkan lidahmu dengan tahmid,takbir,dan tasbih? Berapa kalikah kau menitiskan airmata keinsafan di atas segala dosa-dosa yang pernah kau lakukan?

 Aku : (Tertunduk malu..air mata mengalir laju) Aku…..(hilang kata-kata)

Hati : (menyambung kata kembali) Sedangkan kau tidak perlu mengeluarkan wang ringgit bagi makananku…Namun mengapa kau masih lagi kedekut untuk memberi, masih lagi alpa untuk peduli,masih lagi kejam terhadap hati? Aku hatimu yang kebuluran..aku hatimu inginkan nutrisi yang mencukupi…suapilah aku dengan zikrullah, hapuskanlah dahagaku dengan bacaan kitabullah,kenyangkan aku dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat..Aku merayu kepadamu peliharalah aku,jagalah aku,sayangilah aku, kerna aku adalah kamu dan kamu adalah aku..Usah biarkan aku mati kekeringan…Usah biarkan hidupmu dibuai kegelapan….Kau akan berada dalam kerugian jika kau membiarkan aku kekeringan kusam di sini…

Aku : (Terus tertunduk malu) Bukan aku tidak mahu…tapi…(terdiam)

Hati : Apakah kau merasakan kau akan hidup di dunia selama lamanya? Apakah kau merasakan kau telah Berjaya mengapai kesenangan yang hakiki? Lalu kau sombong di bumi ini? Kau manusia yang tidak bersyukur! Kau penderhaka!

Aku : Tidak!tidak!..Bukan! (menafikan..meronta ronta kelemasan)

Hati : Suapkan aku makananku,sebagaimana hadis nabi ;

لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
“Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah”

Tangisilah dan bertaubatlah diatas segala dosamu,kerna setiap titis air mata itu mampu menghapus dosa-dosamu…Carilah ilmu yang bermanfaat ke atas dirimu agar hatimu menjadi sumber kebahagianmu…Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya…ingatlah wahai sahabat…sesungguhnya aku sayang padamu, maka sayangilah aku…

Aku : (meronta-ronta) Arghhhhhhh….Allahhhhh….. (wajahnya berpeluh-peluh,mulutnya menyebut nama Allah berulang kali, badan meronta ronta kekiri dan kekanan)

Allahhh! Terjaga….Terus aku meraup wajahku yang bermandikan peluh itu, mulutku tidak lepas-lepas beristigfar…Mimpikah tadi? Aku merasa seolah olah ianya benar…Apakah ini peringatan buatku? Astagrfirullahhalazim…ampuni aku ya Rabb…aku hamba Mu yang alpa…

Ya Allah sesungguhnya aku telah jauh dari jalan Mu…(air mata mengalir laju)

Aku bangkit meninggalkan tikar usang  menuju ke bilik air, berwuduk, dengan hati yang penuh tekad solat sunat dhuha di dirikan, berharap agar ini menjadi titik mula perubahan hidupku.

P/s : Pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...