Monday 27 June 2011

8 TUNTUTAN BERSIH 2.0


gambar dirembat dari google
Salamualaik to all...

Sebenarnya pagi pagi camni takde mood pon nak buat entry, tapi disebabkan tiba-tiba mai perasaan nak menulis pasal BERSIH....huahuahua....Ye la kan...dalam tibi pung pang pung pang dok crita pasal BERSIH, kat paper pon same, kalau p dok kat kedai kopi pon same la semua dok bincang pasal BERSIH....Ada yang kata tu, ada yang kata ni....huhuhu..haaiihhh banyak pendapat bebenor....

Tapi kadang kadang aku rasa cukup meluat tengok berita kat tibi sebab pa aku cakap mcm tu...hehe..sedar tak sedar ampa taw dak berita2 kat tibi terlampau melebih2...tu pandangan aku la.....bila aku bukak tibi nak tengok berita..semua sama saja semuanya hiperbola dalam menyampaikan berita...bias pon ada....ntah mana pergi etika kewartawanan masa depa mula2 blajaq dulu tataw la....(sorok lam laci gamaknya)....

Yang tak boleh blah bila sepatutnya berita yang disampaikan sepatutnya tepat dan benar tapi akhirnya menjadi berita sampah....why aku cakap camtu? Korang cer cube perhatikan asal berita pasal BERSIH depa dok highlight pasal perkauman la apa la, sedangkan tuntutan yang sebenarnya lain.....Seriously kalau betullah BERSIH ni di buat kerana inginkan ketelusan dalam pilihan raya, bagi aku tak de salahnya...kitakan negara DEMOKRASI...

8 tuntutan Bersih 2.0 ;

1 ) Bersihkan senarai undi
2 ) Menreformasikan undi pos 
3 ) Guna dakwat kekal
4 ) Masa kempen minima 21 hari
5 ) Akses media yang bebas dan adil
6 ) Kukuhkan institusi awam
7 ) Hentikan rasuah
8 ) Hentikan politik kotor.

Tapi kenapa 8 tuntutan ni tak dak pula depa highlight dalam berita tapi yang dok highlightnya lebih pada statement yang pada aku rasict . Penduduk di Malaysia ni nama ja merdeka tapi sayang merdeka2 rakyat Malaysia ni pon pemikiran mereka telah di ajar untuk menjadi rasict....Sebagai contoh perkasa....(oh bagi aku mereka pertubuhan yang tidak matang dan terlampau rasict)...seolah olah bumi Malaysia ni hanya layak di huni oleh melayu ja...huhuhu..kesiankan disebabkan ketidakmatangan mereka (perkasa) yang melayu berfikiran rasional pon terpalit sama.....haihhh....Tak payah la nak bersifat perkauman sangat kalau kita nak hidup aman damai harmoni kat Malaysia ni... (k stop kat cni dah malas nak ulas panjang2)

Berbalik pada BERSIH tadi, aku rasa ia adalah perhimpunan santai ja ,bagi membersihkan amalan pilihanraya. Rasanya tak dak sapa aihh maw mati dalam menuntut pilihanraya....BERSIH hanya menuntut amalan pilihanraya yang adil, dan bukan nak gulingkan Kerajaan macam yang diwar warkan dalam tibi..huhuhu... Kenapa  nak buat di KL bukan di JB,KB,KUANTAN, mahupun YAN....??y..y..y di KL? Senang je kot  pandangan aku la kan kerana kat KL  ada Istana Negara, senang la depa, BERSIH akan serahkn memorandum ke sana, kalau Istana Negara ada kat Yan senang, ta payah dok p KL dah..hehehe...

Haaa(part nasehat menasehati)...ni plak nasihat aku pada semua yang nak join himpunan tu la kan,dalam keghairahan bersemangatnya ampa semua untuk berdemo, jangan pula ampa membuat provokasi atau pun layan provokasi, bawa senjata dan melakukan kerja-kerja gila yang melanggar batasan undang-undang. Ingatlah Allah akan menghisab segala perbuatan manusia di bumi ini, dan buat polis ke, fru ke, dan pemimpin kerajaan ka dan semualah buatlah kerja ikhlas kerana Allah ...Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٩٠﴾

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. "(QS An Nahl : 90)


p/s : Pandangan aku la kan perhimpunan ni boleh jugak dibuat.. selaras dengan kehendak rakyat kan....lagipun atas dasar Malaysia sebuah negara Demokrasi rasanya tak salah kalau nak diadakan PERHIMPUNAN AMAN...(diulang sekali lagi) AMAN ye...dan juga kepada pihak berwajib (polis) yang sepatutnya menjaga keselamatan silalah jalankan tanggungjawab anda jangan pula anda membuat sesuatu sehingga menimbulkan kekecohan semasa perhimpuan. Lagi satu, tidak kira pihak yang mana sekali pun janganlah ada yang buat PROVOKASI dan KEKACAUAN....ingat ALLAH SENTIASA MELIHAT PERBUATAN ANDA DAN IA BAKAL DIHITUNG.....k chow cin cauu....huuhaa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...