Friday 24 June 2011

Tips bagi mendapat anak yang soleh dan solehah.

gambar dari incik google

Ketika mengandung, disarankan perbanyakkan membaca Al-Quran. Terdapat beberapa surah yang boleh diamalkan. Antaranya ialah :

1 ) Surah Al-Saffat, ayat 100 yang boleh dijadikan doa harian.




mafhumnya :
 "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh"

2) Surah Al Fatihah ( terang hati, kuat ingatan)
3) Surah Mariam (mudah bersalin, taat, sabar)
4) Surah Luqman (cerdik akal)
5) Surah Yusuf (cantik rupa paras,akhlak)
6) Surah Hujurat (sifat hati-hati, boleh perbanyakkan susu)
7) Surah Yassin (ketenangan hati untuk ibu dan anak dikandung)
8) Surah Taubat (bersih hati)
9) Surah Nahli (berdisplin)


gambar dari incik google




Selamat beramal... (^_^)


p/s : Al Quran sememangnya mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan, selain inginkan anak yang soleh/solehah kita juga akan memperoleh ganjaran pahala dan rahmat Allah, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran, kerana al-Quran itu menjadi penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...