Friday 7 October 2011

Lu AHMAD JAMIL @ BOS???

Ahmad Jamil seorang pekerja yang rajin, boleh dikatakan setiap masa dia mengadap komputernya..Lagak muka tak usah nak cakap bhai...serius abes la wa cakap lu...lipas lalu pun dia wat derk ja..Konsentrasi beliau memang tak dapat disangkal lagi...Disebabkan kerajinan yang beliau tunjukkan maka beliau menjadi tumpuan bos beliau. Bos beliau selalu memuji-muji beliau tak kira lah dimana waima dalam meting sekali pun. Ahmad Jamil gerenti la kembang lobang hidung ah bila di puji-puji kan, maka beliau dijelesi oleh budak-budak opis lain.

Satu hari, tengah beliau mengadap komputer beliau dengan penuh konsentrasinya tetiba ja beliau disapa oleh bos beliau dalam pesbuk chat..Mata Ahmad Jamil terbelalak, terdetik dalam hati beliau...

"wowww bos pon CHATING mehhh..."

Bos              : Wassup Jamil lu pree ke?


Ahmad Jamil  : Yo wassup bos, pree r bos kan waktu rehat ni...


Bos              : A'aah wa lupa plak.


Ahmad Jamil  : Pehal bos, ade ape2 yang boleh wa bantu ke?


Bos              : Takde ah wa cuma nak ingatkan lu, ari ni Jumaat...Ni dah kol 1 
                      bhai lu ta nak join wa p solat Jumaat ke? Lagi pon wa tengok 
                      lu dah 3 kali Jumaat tak pegi......
         
Ahmad Jamil : ....................................




p/s : Best kalau dapat bos prihatin camni bhai....So pada lelaki-lelaki diluar sana Selamat Hari Jumaat dan JANGAN WAT-WAT LUPA PLAK KEWAJIPAN ANDA.





Hadith :

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”


(Muslim)







Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama. ~~
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia~~



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...