Thursday 6 October 2011

Bila ARTIS ditanya bab HUDUD?

Bila artis ditanya bab Hudud...macam2 jawapan yang dikeluarkan...ishk3...Ini ibarat rosak motor tapi kita p sibuk2 dok p tanya kat kedai roti....Tolonglah masyarakat Islam jika tidak tahu dan tidak jelas tentang hukum hakam plz jangan memandai beri komen...Mungkin ada yang melihat ianya isu remeh tapi sebenarnya ia melibatkan soal akidah....Tolonglah p bertanya pada orang yang sepatutnya, orang yang fakih tentangnya! Janganlah beri komen hanya berdasarkan akal dan tidak berdasarkan nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah jangan pandai pandai nak jadi "Neo-Muktazilah"!



Dan Aku lebih suka artis kat bawah ni....ya jika tidak jelas dan tiada ilmu berkaitan hukum hakam lebih baik kita tidak memberi sebarang komen...Komen paling bodoh ialah dari ENOT, hukum hudud mana ada hukum SULA tolonglah faham dan baca dengan jelas tentang perundangan Islam...ni mesti tengok terlebih filem Melayu zaman dulu sehingga tak reti nak beza...dan perlu diingatkan dalam PERUNDANNGAN ISLAM kita mengutamakn pencegahan dan pendidikan bukan menghukum. Ini bermakna bertepatan dengan makna Islam itu sendiri, maka dalam perundangan Islam termasuk hukum Hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya kearah keharmonian hidup bermasyarakat.




Perlu diingatkan hukum HUDUD bukan sahaja merangkumi hukuman ke atas penjenayah yang terlibat dengan zina, minum arak, dan mencuri sahaja tapi ianya lebih meluas, mencakupi semua batas syariat yang ditentukan oleh Allah swt. Zaman laa ni yang dikesalkan ialah kefahaman yang tidak jelas tentang keindahan syariat Islam itu sendiri bagi seorang muslim. Salah faham tentang Hudud bila kita dimomok2 kan dengan perkara yang bukan-bukan, sebut saja Hudud maka rata-rata orang mula menggambarkan ianya satu hukuman yang kejam terhadap pesalah, malahan ada yang labelkan ia undang-undang yang ketinggalan zaman. 

Siapa kita yang mempersoalkan hukum yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran? 11 kali dalam 7 ayat dalam 5 surah yang berlainan ada disebut tentang perkataan hudud ni...Jadi kita nak cakap Allah tu kejam??atau kita nak cakap Allah tu ketinggalan zaman?? Siapa kita nak cakap macam tu kat TUAN kita? Bukankah kita ni HAMBA dia?? Jadi aku nasihatkan kalau kita jahil dan tidak faham dengan jelas maka lebih baik kita berdiam dan tidak mengeluarkan kata-kata yang BODOH, dan yang paling UTAMA kalau tak faham maka wajib kita cari ilmu tentang sesuatu hal tu...Silalah tanya para ulama, silalah berguru dengan guru-guru yang murshid dan silalah buat rujukan, cari ILMU faham dengan jelas tentang HUKUM HAKAM ALLAH...

p/s : "Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim." Quote from- TGNA-

Muattilah (Neo-muktazilah) : Yang hanya  melihat kepada roh agama berdasarkan akal mereka, disamping melalaikan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Mereka mendakwa bahawa agama ini hanya ada pada inti, tidak pada bentuk; hanya ada pada hakikat, tidak pada gambaran. Apabila didatangkan kepada mereka nas-nas yang muhkam, mereka akan berpaling dan menggunakan berbagai-bagai ta'wil untuk memesongkan maksud nas sesuai dengan akal mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...