Tuesday 20 September 2011

Stress!!

Assalamualaikum...Semoga n3 ini sama2 kita dapat manfaat ya...Insyaallah..

Kehidupan di zaman moden ni kita tidak lekang daripada tekanan atau stres hidup, ini adalah lumrah hidup manusia yang normal.So siapa yang tak stres itu abnormal...hehe...Malahan stres ni boleh berlaku pada semua peringkat umur...Diulang ya, semua peringkat umur..okey...

Entry kali ni lebih kepada entry berbentuk info, dimana aku ambik dari laman info ya supaya ia boleh di share kepada semua (^__^)v  Sharing is Caring maaa....So nanti boleh la kita semua tahu bahawa stres ni merupakan respon fizikal, emosi dan mental kita bila tuntutan kita tak dipenuhi....Humm menarik bukan? 

Okey jom kita kenal-kenal, laga-laga pipi then muahhss2  dulu dengan "apa itu stres", "punca-punca" dan "kenali tanda stres pada diri". Awalnya tadi aku merumuskan stres tu merupakan respon fizikal, emosi dan mental kan, apa kata kita lihat secara detailnya pula...Godek punya godek ni la yang saya dapat....Wahh seakan-akan sama tapi lebih berinfo gitu...Jom layan..


Apakah itu stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
  1.  Dalam diri
    • Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
    • Rasa tidak selamat
    • Pengalaman zaman kanak-kanak
    • Peristiwa dalam kehidupan
    • Perwatakan / personaliti
    • Dilema dalam membuat keputusan
    • Stres keibubapaan
  2. Sosial
    • Berpindah rumah
    • Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
    • Stres perkahwinan dan rumah tangga
    • Perhubungan interpersonal yang bermasalah
    • Masalah di tempat kerja
    • Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
    • Masalah/ perubahan persekitaran
    • Masalah kewangan
  3. Psikologi
    • Jenis Personaliti
    • Tragedi
    • Hilang orang yang dikasihi
    • Kurang keyakinan diri
    • Takut untuk gagal
  4. Biologi
    • Penyakit fizikal yang kronik
    • Perubahan dalam tubuh (remaja)
Kenali tanda-tanda stres anda…
  1. Tanda-tanda fizikal
    • Kering mulut
    • Gementar
    • Sakit kepala
    • Masalah tidur
    • Perubahan selera makan
    • Cepat letih
    • Lenguh-lenguh badan
    • Jantung berdebar-debar
    • Pernafasan semakin laju
    • Sakit perut
    • Cirit-birit
    • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
    • Letih lesu

  2. Tanda-tanda psikologi
    • Gelisah
    • Hilang sabar
    • Mudah marah
    • Lemah semangat
    • Risau dan bimbang
    • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
    • Mudah lupa
    • Takut gagal
    • Rendah diri
    • Keresahan
    • Tidak merasa seronok
    • Bosan
    • Low mood dan murung
  3. Tanda-tanda tingkah laku
    • Merokok berlebihan
    • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
    • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
    • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
    • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
    • Masalah tabiat makan





Amalkan 10B Untuk Tangani Stres ;
  1. Bertenang
  2. Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  3. Bernafas secara dalam
  4. Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  5. Berkata : Relakslah....
  6. Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  7. Beribadat
  8. Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  9. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
  10. Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
  11. Berurut
  12. Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  13. Berehat & mendengar muzik
  14. Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
  15. Beriadah
  16. Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
  17. Bersenam
  18. Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  19. Berfikiran Positif
  20. Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.Info ini diambil dari  INFO SIHAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...