Tuesday 20 December 2011

"Peel" Orang Kita # 2

Lokasi : Kaki lima Mesjid.
Time    : Nak masuk waktu Asar.

Pakcik A : Assalamualaikum..
Pakcik B : Waalaikummusalam..

(Senyum-senyum sambil bersalaman)

Pakcik A : Ermm, ang pa habaq Andak, sihat?
Pakcik B : Owh, aku lagu ni la Nan oii...stakat nak mai jemaah buleh lagi la...
Pakcik A : Alhamdulillah.

(Pastu sembang-sembang..pong pang pong pang seround dua, sambil tengok keadaan sekeliling)

Tiba-tiba..

Uwekkk...uwaa..uwaa....
(tangisan anak kecil)


Pakcik A : Humm..anak sapa laa dok uwekk-uwekk tu....
Pakcik B : Awat la dok p biaq anak dok riau nanges dekat mesjid nih.

(Sambil jeling-jeling manja kat satu tempat)

Pakcik A : Depa ni tak taw ka, ni dah kira menggangu orang nak solat...Awat la tak prihatin.
Pakcik B : A'aah aku setuju ngan ang, ni dah kira menggangu ni.Haishh tak belajaq ka depa ni...

(Bla-bla-bla-bla-bla-bla......kutuk-kutuk-kutuk dan kutuk)

Pakcik A : Eh, dah azan la Andak, jom...kita p solat jemaah.
Pakcik B : Jom-jom....

(Bergegas masuk sambil jeling manja lagi kat anak kecil and orang tua anak kecil)

Maka solat berjemaah la kedua-dua pakcik tersebut bersama-sama Tok Imam dan makmum lainnya termasuklah juga dengan Bapa si anak kecil yang nanges tadi.......Dok tengah baik punya tahiyat akhir tiba-tiba terdengarlah satu suara sungguh syahdu dan mengeletek jiwa....T___________T


"Oh! Hoooo! Ohoi! Kalau mata dan bertentang mata. Hati didalam bagai nak gila. Heii!!"


Suara itu berulang kali kedengaran, sehinggakan bacaan tahiyat Tok Imam pun kemain keras dan laju...Salam diberi, terus Tok Imam paling belakang kelihatan Pakcik A dok gagap-gagap tekup henset pakai tangan, gabra sampai terlupa mana satu butang off....Pakcik B tersenyum sumbing, makmum lain senyum kambing sambil geleng pala...Selesai bacaan doa dan basuhan baik punyaa dari Tok Imam, Bapa si anak kecil terus g salam ngan Pakcik A sambil tepuk-tepuk bahu....Lalu berlalu pergi meneruskan perjalanan musafir.

Gambar dari incik gugel.
p/s : Peringatan bila tiba dikawasan Masjid atau tempat beribadat silalah matikan nada dering telefon anda agar tidak menggangu orang lain, buatlah PERSEDIAAN sebelum solat, elakkan diri dari bercakap atau mengumpat hal-hal yang merugikan....Sekiranya membawa anak kecil pujuklah anak-anak dengan sebaiknya jika mereka menangis, didiklah anak-anak agar menghormati masjid sebagai tempat beribadat kerana masjid juga merupakan tempat terbaik untuk mendidik anak-anak.


Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW apabila pergi ke masjid untuk beriktikaf dan Baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, Baginda berkata: “Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran (atau apabila bersolat).” (Hadis riwayat Abu Daud)


jom baca ni : “subhan allah wa al-hamdu lillah allahu akbar” 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...