Friday 4 November 2011

INI ADALAH SATU PENGANIAYAAN PALING KEJI!

Selamat Membaca...dan renung2kan...sharing is caring! 


Kami, pekerja-pekerja Malaysia menentang dengan keras dan menuntut supaya pindaan yang diluluskan oleh Parlimen pada 6/10/2011 ke atas Akta Kerja 1955 ditarik balik!


1) Kenapa kita menentang pindaan Akta Kerja 1955?

Terdapat banyak isu dalam pindaan tesebut, akan tetapi kita hanya tumpu pada satu isu besar iaitu mengenani "kontraktor tenaga kerja". Dengan wujudnya Kontraktor Tenaga Kerja melalui pindaan Akta ini, kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British apabila akta kerja digubal pada tahun 1955 dahulu. Sistem pekerja kontrak spserti ini sudah wujud 15 tahun di luar undang-undang. Demi menghalalkan sistem ini maka pindaan ke atas Akta ini dibuat sekarang oleh Kerajaan Malaysia.


2) Apakah kesan buruk kepada pekerja dengan wujudnya "Kontraktor Tenaga Pekerja"

• Kontraktor Tenaga Pekerja akan menjadi pihak ketiga (orang tengah) yang akan menjadi majikan pekerja dan bukan majikan prinsipal (utama). Perhubungan lansung antara pekerja dengan majikan prinsipal seperti sekarang TIDAK AKAN WUJUD LAGI!


•Pekerjaan pekerja-pekerja bahawa Kontraktor Tenaga Pekerja akan menjadi tidak tetap - TIADA JAMINAN PEKERJAAN (scurity of tenure)


•Pekerja akan mendapat KADAR GAJI YANG SAMA SEPANJANG HAYAT, bekerja tanpa kenaikan gaji atau bonus dan faedah-faedah lain.


•Semua caruman termasuk KWSP, PERKESO dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor Tenaga Pekerja dan bukan majikan prinsipal.


•Kontraktor Tenaga Kerja dengan mudah BOLEH CABUT LARI bila perniagaannya merosot atau rugi.


•Antara pindaan lain adalah kebenaran membayar upah kerja lebih masa (overtime) lewat sebulan untuk memberi masa kepada majikan prinsipal untuk membayar kepada Kontraktor Tenaga Kerja. HANYA SELEPAS ITU BARU LAH KONTRAK TENAGA KERJA MEMBAYARNYA KEPADA PEKERJA KONTRAK.


•KADAR UPAH KERJA LEBIH MASA AKAN SAMA SEPERTI HARI KERJA BIASA MESKIPN BEKERJA PADA HARI CUTI UMUM ATAU REHAT!


•Mudah untuk pekerja-pekerja dibawah Kontraktor Tenaga Kerja DITINDAS DAN DIANIAYA.



3) Jika pekerja menubuhkan Kesatuan, dengan siapaka Kesatuan akan berunding dan berurusan?

Tentulah dengan Kontraktor Tenaga Kerja sebagai majikannya. Akan tetapi Kontraktor Tenaga Kerja bukan pengusaha perniagaan. Mereka hanya membekalkan pekerja dibeberapa jenis syarikat. Sudah tentu para pekerja sangat sukar menubuhkan Kesatuan.

4) Apabila pekerja berjaya dalam apa-apa kes tuntutan di mahkamah, mampukan Kontraktor Tenaga Kerja tersebut membayar pampasan dan mematuhi keputusan Mahkamah?

TENTULAH TIDAK! Kerana Kontraktor Tenaga Kerja bukan pelabur dan tidak ada modal. Mereka boleh lepas tangan dengan tukar nama Kontraktor Tenaga Kerja yang lain.

5) Benarkah dengan pindaan ini maka di satu tempat kerja akan terdapat banyak Kontraktor Tenaga Kerja?

• YA BOLEH! Terdapat banyak Kontraktor Tenaga Kerja dengan kumpulan pekerja masing-masing di satu tempat kerja!

•Malah pekerja boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi pekerjaan yang lain pada bila-bila masa ikut sedap perut Kontraktor Tenaga Kerja tersebut. (Flexi labour)

• Pada masa depan, TIDAK AKAN ADA LAGI PEKERJAAN TETAP dengan satu majikan prinsipal.


6) Adakah akan memberi kesan kepada PEKERJA TETAP SEKARANG dengan wujudnya Kontraktor Tenaga Kerja?

Majikan prinsipal akan menawarkan VSS kepada pekerjanya. (sesiapa tolong terangkan VSS tu apa?). Selepas menerima VSS, pekerja akan ditawarkan kerja yang sama tetapi di bawah Kontraktor Tenaga Kerja dengan gaji, terma dan syarat yang tidak memuaskan. Mereka boleh ditawarkan kerja separhu masa sehingga cuma 14.4 jam seminggu!

7) Adakah pindaan ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)?

•Kerajaan mendakwa pindaan Akta Kerja 1955 ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), tetapi dari segi kenyataannya dengan pindaan ini, IA JELAS BERCANGGAH!


KEKAYAAN & KEUNTUNGAN yang dicapai oleh negara adalah hasil dari sumbangan PARA PEKERJA. Kaum pekerjalah yang bersusah payah membangunkan negara ini. Akan tetapi apakah balasan yang kita dapat?!!!!



dipetik dari risalah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

----------------------------------------------------------------------------------


Diambil dari perempuanjomblo.blogspot.com--


AYUH BANGUN SUARAKAN HAK ANDA!
KITA MENDESAK SUPAYA KERAJAAN TARIK BALIK PINDAAN TERSEBUT YANG MEMPERHAMBAKAN PEKERJA!

perancangan apakah ini, oh tanah airku...(-_-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...