Thursday, 29 March 2012

Diari Hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)
Hello ♥


Gambar dari incik Gugel

Kebelakangan ini, aku jadi sangat rindu bercakap-cakap dengan keluarga dan sahabat. Perbualan santai yang terucap dibibir-bibir mereka yang mendamaikan jiwa, yang menjadi penyebab senyum terukir di wajahku. Alangkah indahnya melihat mereka gembira yang bisa membuatkan aku bahagia.(^_^).
 
Dalam meniti hari-hari yang masih ada, aku merasakan senyum itu indah, jadi aku ingin senyum sentiasa. Senyum bagiku hanya Tuhan yang lebih mengetahui ertinya, zahirnya melambangkan ceria, namun untuk kebanyakkan waktu, senyum itu menyembunyikan rahsia hati.

Oh ya, bercakap tentang hati, ini mengingatkan aku perihal diri sendiri. Apabila waktu malam sebelum tidur dalam bilik yang gelap, aku akan membuka mataku melihat keliling. Apa yang terlintas di fikiranku ketika itu? 

"Gelapnya"

Hanya perkataan itu yang terlintas, suasana gelap memberi perasaan yang tidak enak pada diriku. Kemudiannya terlintas satu persoalan dalam diri sendiri, beginikah kegelapan hati yang tidak taat kepada Allah? tiada cahaya, kelam, keresahan,tiada matlamat, teraba-raba dalam dunia sendiri.Akhirnya aku ketakutan dan kadang-kadang menangis sendiri sehingga tertidur, mengenangkan dosa-dosa yang aku buat. Moga Allah ampuni aku dan matikan aku dalam iman.

Petang tadi ketika aku sedang membeli air di gerai belakang, lalu seorang guru bersama-sama tiga orang pelajarnya. Kehadiran mereka menarik minat aku, salah seorang daripada pelajarnya sedang asyik bercerita kepada mereka betapa baiknya si 'petugas berbaju biru' ,begitu, dipujinya begini, semua yang keluar dari mulut pelajar itu mengenai kebaikan si petugas berbaju biru, sedangkan dia baru sahaja melihat si petugas baju biru itu tak sampai 2 minit. Sehinggakan di penghujung ayatnya dia begitu yakin menyatakan cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai JPAM!. 

Timbul persoalan dalam fikiran aku, apa yang buat pelajar ini begitu menyukai JPAM? Dia kenal ke dengan budak JPAM sebelah aku ni?Seolah-olah dia mengetahui apa yang ada dalam fikiranku, jawapannya membuatkan aku kagum, hanya dengan jawapan bahawa dahulu dia mengenali seorang petugas JPAM yang amat baik dan berdedikasi disekitar rumahnya.  Kenapa kagum, dengan hanya jawapan sebegitu? Bagi aku jawapannya adalah lahir dari hatinya yang tulus dan ikhlas. 

Cuba bayangkan seorang pelajar dari sekolah "khas" yang punyai kekurangan, tetapi dalam percakapannya dia adalah seorang yang berbaik sangka terhadap orang lain. 2 minit kenal tapi dia tak bercakap benda buruk terhadap orang tersebut apatah lagi punyai perasaan benci, berbanding dengan kita yang kadang-kadang dah berbulan-bulan kenal waima bertahun sekali pun kita sanggup mengata pasal orang kadang-kadang sanggup juga membenci. Budak ini membuatkan aku tersenyum sendiri, ya dia ikhlas dia tulus dalam berbicara walaupun dirinya kekurangan. Sesungguhnya kehadirannya tadi boleh menyedarkan diri dalam memperbaiki kesalahan dan kelemahan kita.Perlu renovate hati!

 Sekarang ni aku nak letakkan diri aku sebagai pejuang, sebab sekarang ni aku sedang berjuang dalam hidup aku. Perjuangan aku adalah untuk mengerjakan ketaatan yang telah diperintah oleh Allah. Ini bukan senang, kerana aku perlu berjuang bermati-matian, ia perlukan mujahadah. Perlu ada kekuatan dalam diri sendiri untuk memaksa diri melakukannya.Aku tak ingin lagi berbicara tentang kegagalan lalu, dan aku ingin membiarkan masalah lampau berlalu pergi menjadi sejarah. Apa yang perlu dilihat sekarang adalah masa hadapan. Lakaran sejarah silam yang gelap harus diganti dengan lakaran sejarah hari esok yang lebih cerah!
Perlu berubah menjadi hamba Nya yang lebih baik sehingga kepada penghabisan.InsyaAllah boleh!

Semoga Allah merahmati.
Doakan aku.

p/s : Orang yang bijak adalah orang yang banyak mendoakan orang lain,kerana apabila kita doakan sesuatu untuk orang lain ,Malaikat akan berkata "doa itu untuk kau jua"

“Kebaikan menyebabkan sinaran putih diwajah, cahaya di dalam hati, keluasan dan kelapangan didalam rezeki, kekuatan pada badan dan kecintaan didalam hati orang lain. Sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan didalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian didalam hati orang lain.” (IBNU ABBAS r.a)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...